Kisah Galen Litchfield

TEKNIK BAGAIMANA MENGHADAPI BAHAYA?

Bagaimanakah cara untuk kita menghadapi masalah yang besar. Jom belajar dari Galen Litchfield dan cara tindakan beliau.

Assalamualaikum

Litchfield merupakan ahli perniagaan Amerika yang berjaya di Timur Jauh. Namun pada tahun 1942, semasa beliau berada di China tentera Jepun telah menyerang Shanghai. Beliau menceritakan apa yang terjadi.

“Tidak lama selepas tentera Jepun menyerang Pearl Harbour, Mereka mula datang ke Shanghai. Ketika itu, saya adalah pengurus Asia Life Insurance Company di Shanghai.

Mereka menghantar army liquidator ke pejabat kami, yang berpangkat laksamana. Tugas beliau adalah mengarahkan saya mencairkan aset-aset syarikat kami. Jadi saya terpaksa bekerjasama untuk mengelak bahaya.

Namun, ada satu saham yang bernilai 750 ribu dolar yang saya tidak serahkan kepada pihak Jepun. Saya berbuat demikian kerana saham-saham itu adalah milik syarikat kami di Hong Kong, dan ianya tiada kaitan dengan aset di Shanghai.

Saya bimbang jika mereka dapat tahu pasti saya disiksa.

Akhirnya mereka dapat tahu juga. Saya tiada di pejabat ketika itu. Ketua akauntan saya memberitahu, laksamana Jepun itu mengamuk dan memanggil saya pengkhianat.
Masa itulah saya yakin saya pasti akan dicampakkan ke dalam sebuah tempat yang bernama Bridge House iaitu sebuah tempat di mana pihak Jepun menyeksa para pesalahnya. Ada rakan saya yang sanggup bunuh diri dari masuk ke penjara itu. Ada juga yang meninggal dunia di situ selepas 10 hari diseksa. Penjara itu sungguh kejam.

Untuk elak kebimbangan saya apa yang saya buat? Setiap kali saya bimbang, saya akan menaip dua soalan dan dua jawapan:

1. Apa yang membimbangkan saya?
Jawapannya:
“Saya takut sekiranya saya akan dicampak ke dalam bridge house.”

Kedua saya tulis:
Apa yang dapat saya lakukan?
Saya menghabiskan masa berjam jam berfikir dan menulis empat
tindakan yang boleh diambil:

1. Pertama, Saya boleh cuba menerangkan hal yang sebenar tetapi laksamana jepun itu tidak memahami Bahasa Inggeris.

Jika saya gunakan jurubahasa, ia mungkin dapat menyebabkan beliau lagi marah. Itu menempah maut namanya.

2. Saya boleh cuba melarikan diri. Tetapi itu adalah mustahil.
Ini kerana mereka sentiasa menjejaki saya sepanjang masa.

3. Saya boleh terus tinggal di bilik ini dan tidak pergi pejabat lagi. Perbuatan ini akan lagi menyebabkan laksamana Jepun itu mencurigai saya.

4. Saya boleh pergi ke pejabat seperti biasa pada pagi Isnin. Ada kemungkinan, laksamana Jepun itu sibuk hingga dia terlupa apa yang saya lakukan. Jika dia terfikir pun, boleh jadi dia sudah tenang dan tidak peduli lagi hal ini. Jadi saya akan selamat.

Sekiranya beliau tetap mengganggu, saya masih berpeluang menerangkan kepadanya.

Setelah berfikir semasak-masaknya saya memilih pelan keempat. Hati saya berasa begitu lega.
Keesokan harinya apabila saya masuk ke pejabat, laksamana Jepun itu sudah berada di situ dengan rokok di mulutnya. Seperti biasa beliau menjegilkan matanya ke arah saya tanpa berkata apa-apa. Enam minggu kemudian, beliau kembali ke Tokyo dan kebimbangan saya sudah berakhir.

Cuba bayangkan jika pada masa itu saya gelabah, maka pasti berlaku kesilapan tanpa dirancang. Sekiranya saya masih belum membuat keputusan, pasti saya bimbang sepanjang hari itu.

Kisah dari pengalaman Litchfield ini membuktikan jika kita gagal capai keputusan yang benar, dan tidak menghentikan fikiran yang ligat berpusing, pasti mendorong gangguan jiwa dan hidup sudah tentu terseksa.

Jadi, Litchfield berjaya mengusir 90 peratus kebimbangannya
dengan empat langkah tadi. Iaitu:

1. Tulis dengan tepat apakah yang membimbangkan kita.
2. Tulis apa yang dapat kita lakukan.
3. Buat keputusan apa yang perlu dilakukan.
4. Laksanakan keputusan itu dengan serta-merta.

Galen Litchfield Pengarah yang mewakili syarikat insurans dan kewangan besar iaitu Starr, Park dan Freeman, Inc di Timur Jauh mengakui kejayaannya adalah dengan mengamalkan kaedah menganalisis kebimbangan dan berani berhadapan masalah.

Semoga teknik Litchfield ini boleh transformasikan masalah kita kepada penyelesaian. Jom kita mencubanya.

firman Allah:

لا تَـحْزَنْ إِنَّ اللَه مَعَنَا
Jangan sedih Allah bersama kita [al-taubah(9):40]

Kisah ini dipetik dari buku ‘How To Stop Worrying And Start Living’

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now