Kisah Uniqlo

KISAH UNIQLO

Perniagaan bukan berkaitan dengan keuntungan semata-mata. Tetapi yang lebih penting adalah apakah fungsi keberadaan perniagaan itu di tengah masyarakat. Inilah kisah Uniqlo yang berperanan di kala musibah.

Assalamulaikum

Ketika Jepun dilanda tsunami pada tahun 2011, CEO UNIQLO Tadashi Yanai telah mengarahkan syarikatnya supaya tetap meneruskan kebiasaan seperti biasa. Iaitu membuka lampu luar kedai. Sedangkan dalam keadaan musibah begitu, kebanyakan kedai lain tutup lampu luar mereka demi menjimatkan kos. Tetapi Uniqlo tetap membuka lampu luar di premis mereka.

Ini kerana Yanai yakin dengan berbuat demikian akan menghidupkan perasaan masih ada harapan untuk hidup dan keadaan akan kembali pulih.

Orang ramai yang dalam keadaan musibah sedang mencari mana kedai yang dibuka saat itu dan mereka rasa syukur kerana melihat lampu Uniqlo tatkala kedai sekitar bergelap. Ini semua membentuk psikologi positif dan harapan untuk hidup masih ada.

Kata salah seorang Manager : “ada pelanggan yang datang dalam keadaan menangis dan berterima kasih kepada kami kerana buka kedai.”

Tindakan Yanai ini adalah untuk memberi contoh kepada orang kaya yang lain supaya berfikir untuk menyumbang tatkala datang musibah begini.

Dia bukan sahaja memberi sumbangan wang bahkan menyumbang juga pakaian baru Uniqlo kepada mangsa tsunami yang selamat. Dan benarkan mereka memilih pakaian mana yang mereka mahu.

Yanai yakin menolong masyarakat bukan semata-mata sebab ianya tanggungjawab, tetapi ia juga berkaitan dengan kelangsungan sesebuah syarikat.

Kata menarik Yanai:
“Not only does a company have to live in harmony with society, but to be accepted, it must contribute to society.”

Kebanyakan syarikat tidak balance dalam bab buat untung dan bagi balik sumbangan kepada masyarakat. Mereka hanya nampak buat untung sahaja.

Kata Yanai lagi:
“Thinking only about the company will undoubtedly result in failure.”

Inilah sebenarnya maksud perniagaan. Membina keuntungan supaya dapat menyumbang balik kepada masyarakat. Inilah maksud perniagaan yang tiada rugi.

Firman Allah

يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ

Mereka mengharapkan perniagaan yang tiada rugi. [Fatir(35):29]

Ramai orang hari ni buka syarikat lebih kepada menjadi kaya secara peribadi. Tidak berfikir tujuan sebenar syarikat adalah menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik dengan sumbangan syarikat tersebut. Inilah para perniagaan yang bersikap predator. Hanya pentingkan diri. Ya mereka buat SCR tetapi buat pun sekadar untuk lepaskan cukai dan ibarat lepas batuk ditangga.

Ayuh jom kita tiru sifat Tadashi Yanai ini yang sentiasa berfikir kekayaan yang di miliki perlu digunakan untuk bina kembali masyarakat. Moga kita membina syarikat kita dengan niat yang betul sebegini.

Semoga kisah ini mentransformasikan diri kita menjadi manusia yang sentiasa berfikir untuk menyumbang balik kepada masyarakat. Ayuh jom kita terus kuat demi perubahan.

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now