Benarkah puasa pada hari syak tidak dibenarkan dalam Islam?

HUKUM PUASA QADHA PADA HARI SYAK
Bolehkah qadha puasa Ramadan pada hari Syak?

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan hari syak?

Imam Al-Nawawi berkata :

قَالَ أَصْحَابُنَا يَوْمُ الشَّكِّ هُوَ يَوْمُ الثَّلَاثِينَ مِنْ شَعْبَانَ

Para ashab kami berkata bahawa hari syak adalah hari ke- 30 dari bulan Sya’ban.

al-Majmu’, 6/401

Oleh itu apakah hukum berpuasa pada hari tersebut?

Imam al-Nawawi berkata:

لَا يَصِحُّ صَوْمُ يَوْمِ الشَّكِّ عَنْ رَمَضَانَ بِلَا خِلَافٍ لِمَا ذَكَرَهُ الْمُصَنِّفُ
Tidak sah berpuasa pada hari syak (sebagai puasa) Ramadhan tanpa sebarang khilaf (di sisi para ulama) berdasarkan apa yang disebutkan oleh musannif (pengarang kitab). 

فَإِنْ صَامَهُ عَنْ قَضَاءٍ أَوْ نَذْرٍ أَوْ كَفَّارَةٍ أَجْزَأَهُ

Sekiranya seseorang itu berpuasa qadha’, nazar, atau kaffarah pada (hari syak) maka puasanya sah.

Jumhur Al-Syafi’eyyah mengatakan bahawa (puasa hari syak adalah) tidak makruh.

Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/399

Hujah yang dikemukakan adalah hadis Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda:

لاَ تَقَدَّمُوا صَوْمَ رَمَضَانَ بِيَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ أَنْ يَكُونَ صَوْمًا يَصُومُهُ رَجُلٌ فَلْيَصُمْ ذَلِكَ الصَّوْمَ

“Janganlah kalian mendahulukan Ramadhan dengan sehari berpuasa atau dua hari kecuali bagi sesiapa yang telah terbiasa berpuasa sebelumnya.”

Imam al-Nawawi ketika mengulas isu ini beliau berkata:

لِأَنَّهُ إذَا جَازَ أَنْ يَصُومَ فِيهِ تَطَوُّعًا لَهُ سَبَبٌ فَالْفَرْضُ أَوْلَى

Ini kerana, apabila dibolehkan untuk seseorang berpuasa sunat yang mempunyai sebab pada (hari syak), maka puasa fardhu pasti lebih utama (dibolehkan).

Kesimpulannya:

Hukum berpuasa qadha’ pada hari syak adalah sah dan dibolehkan. Lebih-lebih lagi tempoh masa untuk melakukan qadha’ puasa telah sempit pada waktu tersebut.

Ustaz Pro
Assalamualaikum

SUMBER:

• AL-INARAH
# 1204 PUASA QADHA PADA HARI SYAK

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now