Benarkah haram melihat wajah wanita bukan mahram?

Hukum melihat wajah wanita ajnabi.
Apakah hukum melihat wajah wanita bukan mahram?

Jumhur ulama berpendapat bahawa wajah dan dua tapak tangan bukanlah aurat bagi wanita.

Imam Syafie di dalam al-Umm menyebut.

وَكُلُّ الْمَرْأَةِ عَوْرَةٌ، إِلَّا كَفَّيْهَا وَوَجْهَهَا

Dan setiap (tubuh badan) wanita adalah aurat kecuali dua telapak tangan dan wajahnya.

Imam As-Syafi’i. Al umm. Juz 1/ Hal 109

Oleh itu melihat wajah wanita bukan bertujuan syahwat dan nafsu bahkan ada keperluan dibolehkan.

Ini yang disebut oleh Ibnu Abdil Bar:
وَجْهُ الْمَرْأَةِ وَكَفَاهَا غَيْرُ عَوْرَةٍ وَ جَائِزٌ انْ يَنْظُرَ ذَلِكَ مِنْهَا كُلُّ مَنْ نَظَرَ إِلَيْهَا بِغَيْرِ رِيبَةٍ وَلَا مَكْرُوهٍ وَأَمَّا النَّظَرُ لِلشَّهْوَةِ فَحَرَامٌ

“Wajah perempuan dan dua telapak tangannya bukanlah aurat dan boleh melihatnya bagi sesiapa yang melihatnya tanpa ada perasaan (gelisah), dan ini tidaklah dimakruhkan.

Adapun melihat dengan syahwat, maka ianya haram.

at-Tajj al-Iklil li Mukhtashar Khalil, 1/384.

Namun melihat wanita tanpa keperluan hendaklah dijauhi demi mengelak fitnah.

Dalam Sahih Bukhari Nabi pernah memalingkan wajah al-Fadhl bin Abbas yang melihat wanita cantik dari puak Kath’am (خَشْعَمَ).

وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَصْرِفُ وَجْهَ الفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الآخَرِ

“Nabi memalingkan wajah al-Fadhl ke sisi (arah) lain.

Kesimpulannya, melihat wajah wanita kerana keperluan adalah harus. Namun dengan pandangan tujuan bersedap dan syahwat adalah haram.

Ustaz Pro
Assalamualaikum

Sumber:
• Fiqih Praktis Sehari-Hari FARID NUI’MAN HASAN (203-205)
• Maktabahalbakri.com #6001: Melihat Perempuan yang Cantik Semasa Tawaf.
• Rumahfikih.com Memandang Wajah Wanita yang Bukan Mahram.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now