Bolehkah niat puasa sebulan?

NIAT PUASA SEBULAN ATAU NIAT SETIAP HARI
Apakah niat puasa perlu setiap hari ataupun sudah cukup untuk berniat sebulan terus?

Hal ini merupakan antara permasalahan yang sering timbul dalam kalangan masyarakat Islam dan menurut pembacaan kami, para ulama’ telah terbahagi kepada dua pendapat di dalam permasalahan ini:

Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat. Ia sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain.

Kedua: Tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam. Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Hal ini kerana, puasa itu setiap harinya adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil).

Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak. Tidak seperti solat yang mana sekiranya batal di rakaat pertama, maka batallah keseluruhan solat itu.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan dan berdasarkan dalil serta alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur dan ia juga adalah pendapat dalam mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. 

Namun begitu, pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka kami katakan tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat untuk berpuasa ramadhan pada setiap malam harinya.

SUMBER

al-Inarah #835 Niat Puasa Ramadhan: Sebulan Atau Setiap Hari

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now