Podcast
Dia masih mampu mencipta karya agung dalam muzik walaupun dirinya pekak. Sedangkan muzik memerlukan pendengaran untuk dicipta, untuk dimainkan dan untuk dihayatinya. Siapkah orsang itu?
Mari dengarkan kisahnya.
Assalamualaikum.
Join saya di telegram ustazzul.id dan tahukah anda kerana sumbangan andalah menyebabkan kami sampai ke tahap ini. Terima kasih kerana terus menyumbang. Semasa umurnya 26 tahun dia mula kehilangan pendengaran. Jika diikutkan keadaannya sepatutnya dia sudah tidak mampu lagi untuk mencipta lagu kerana kondisi dirinya. Ketika dia hampir kehilangan seluruh pendengarannya, dia masih mampu mencipta lagu Moonlight Sonata.
Semasa dia betul-betul sudah tidak boleh mendengar, lahirlah karya agungnya yang hebat bernama Fur Elise (yang selalu dapat kita dengar muziknya dari peti muzik) Oleh kerana bakat dan kekuatan dalaman yang kuat dia mampu mendengar muzik dalam dirinya walaupun telinganya sudah tidak dapat mendengar alunan muzik. Persoalan yang timbul bagaimana dia masih boleh mencipta lagu sedangkan diri sudah tidak dapat mendengar? Rupa-rupanya muzik adalah satu jenis bahasa yang mempunyai cord peraturan tersendiri.
Dengan kemampuan mengusai teknik cod muzik maka seseorang itu mampu mencipta muzik. Penguasaan inilah yang menyebabkan dia mampu duduk di mejanya dan composkan lagu walaupun tidak dapat mendengar. Kejayaan terbesarnya adalah berjaya mengendalikan satu konsert yang hebat tanpa pendengaran. Selepas persembahan gemilang dia pun menangis dan berkata. “There are no barriers for a person with talent and love towards work”. Tidak akan ada perkara yang menjadi menghalang untuk seseorang yang ada bakat dan cintakan kerjanya.”
Inilah kisah Ludwig van Beethoven. Komposer hebat sepanjang zaman. Cinta dan passionnya pada muzik menyebabkan segala halangan yang berlaku terhadap dirinya berjaya diatasi. Dia tidak mengalah walaupun musibah pendengaran memerangkap dirinya. Cuba renung diri kita. Adakah cinta kita dan passion kita terhadap sesuatu akan terhenti apabila timbul halangan seumpama itu? Adakah kita akan berhenti apabila musibah menjadi penghalang kita?
Kita sepatutnya lebih kuat dari Beethoven. Sebab kita ada Islam dan kita ada Allah untuk mengadu. Kita ada misi yang perlu disudahkan iaitu menguasai kembali dunia ini. Maka jangan cepat kecewa dan mengalah. Jangan kita cepat mengalah kepada halangan yang menimpa kita, nescaya kita lebih teruk dari orang yang tidak Islam.
Benarlah firman Allah:
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرً ا
Maka sesungguhnya bersama kepayahan itu ada kesenangan.
(Surah al-Insyirah:5)
Percayalah di dalam kesusahan itu ada kesenangan. Rempuhilah dahulu kesusahan kerana kesenangan akan mengiringinya. Ayuh terus kuat untuk transformasikan ketahanan diri kita demi perubahan.
Assalamualaikum.