Podcast
Ketika anda merasa lemah dan ingin putus asa terhadap segala masalah yang menimpa anda, mari dengar kisah keldai tua.
Assalamualaikum.
Ada seorang lelaki yang keldainya jatuh ke dalam telaga. Dia cuba untuk mengeluarkan keldai tersebut dari telaga itu. Namun usaha yang dilakukannya tidak berjaya. Walaupun sudah dicuba beberapa kali. Ini menyebabkan pemilik kedai itu menjadi putus asa untuk menyelamatkan keldainya.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menimbuskan batu dan tanah ke atas keldai tersebut kerana sudah tidak mampu untuk menariknya keluar. Lagipun kedai itu adalah keldai tua. Pada anggapannya tidak berbaloi untuk menyelamatkan keldai tua tersebut. Lalu ia memanggil teman-temannya untuk membantunya bagi menimbus keldai itu. Apabila tanah dan batu mula lemparkan, keldai itu pun meraung sekuat mungkin agar diselamatkan.
Namun raungannya tidak dipedulikan. Rupa-rupanya semakin banyak tanah dan batu yang dilemparkan, ia menjadi batu loncatan untuk keldai itu naik ke atas. Keldai tersebut cuba memijak setiap tanah dan batu, sehinggalah dia berjaya melepaskan diri dari telaga itu Akhir sekali keldai itu terselamat dari kematian kerana ia berusaha untuk menyelamatkan dirinya dicelah batu dan tanah itu. Walaupun tiada siapa peduli untuk menyelamatkannya, keldai tersebut tidak putus asa untuk teruskan hidup dan ia berjaya.
Apakah pengajaran yang boleh kita ambil di sini?
Pertama:
Jangan jadikan seluruh musibah yang menimpa kita sebagai penimbus, yang menyebabkan kita berada di bawah. Tetapi jadikan seluruh musibah sebagai batu loncatan untuk kita naik atas.
Firman Allah:
إِنّي عَامِلٌ
Sesungguhnya aku juga tetap beramal dan berusaha
(al-An’am 135)
Ayat ini adalah janji Nabi untuk tidak putus asa dan terus berusaha selagi Islam tidak menang. Kita wajib berusaha dan jangan putus asa.
Kedua:
Dalam hal ini jangan bersikap seperti tuan keldai yang sudah putus asa terhadap keldainya kerana beranggapan tidak ada nilai pada keldai tua itu. Maknanya jangan pandang rendah terhadap sesuatu perkara kerana setiap perkara itu ada valuenya yang tersendiri. Tetapi jadilah seperti keldai itu dalam hal ini, kerana menjadikan musibah yang menimpa sebagai peluang untuk berjaya. Tapi dalam realiti janganlah jadi keldai, jadilah manusia yang bijak dan nampak peluang serta tidak mudah kecewa dengan hidup.
Semoga kita terus hidup. Berani menghadapi cabaran. Tempuh segala rintangan dan tidak mudah putus asa.
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالاً
Keluarlah kamu sama ada dalam keadaan ringan atau susah.
(al-Taubah 41)
Moga kita semua diberkati. Bantulah sahabat muslim kita yang sedang buntu dan mahu mara ke depan dengan share video ini. Terima kasih kerana bantuan anda.
Assalamualaikum.