Podcast
Vaksinasi dan Habbatusauda’ persoalan yang perlu kita rungkaikan. Jom kita selusuri.
Sehingga kini sebanyak 171,475,808 kes jangkitan COVID 19 telah direkodkan di seluruh dunia, dan mencapai angka kematian 3,565,352 orang. Kes pertama covid19 di Malaysia dikesan pada 25 Jan 2020.
Apabila tersebar melalui seorang pelancong dari China yang masuk melalui Singapura.
Sehingga ke hari ini, setelah lebih 1 tahun 4 bulan, sebanyak 572,357 kes jangkitan covid19 telah direkodkan di Malaysia. Dari
jumlah itu, kes kematian telah mencecah 2,796 orang.
Sehingga kini belum ada rawatan atau ubat yang diiktiraf secara rasmi boleh menyembuhkan pesakit covid19. Kebanyakan pesakit dari ke semua tahap-tahap COVID akhirnya sembuh dengan sendiri. Namun ada yang sembuh, tetapi kadar sembuh itu tidak seperti keadaan
sebelum terkena jangkitan. Daya tahan badan semakin lemah. Risiko untuk terdedah kepada komplikasi lain agak tinggi.
Lebih malang lagi, ramai juga yang tidak mampu bertahan akhirnya mati. Terutama mereka yang menghadapi menyakit berisiko tinggi. Termasuk warga emas.
Sekiranya virus covid ini dibiarkan bertahan lama dalam komuniti, ianya akan berevolusi menjadi varian-varian yakni berlaku variasi yang lebih bahaya seperti yang telah terjadi di Uk, Afrika Selatan, Brazil dan India.
Marilah kita cegah sebelum menjadi lebih parah. Pilihan yang ada buat masa ini ialah pencegahan dengan menggunakan vaksin.
Kerajaan telah memulakan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan atau PICK pada 27 Feb 2021 dengan mensasarkan
80% rakyat disuntik vaksin bagi mancapai Imuniti Kelompok atau Herd Imuniti. Sehingga 1 Jun 2021, seramai 12,267,350 orang telah mendaftar untuk disuntik, dari jumlah itu seramai 2,011,455 orang telah
disuntik iaitu baru sekitar 7% dari sasaran.
Beberapa negara telah membuktikan hasil dari program vaksinasi ini berlaku penurunan kes COVID. Ini memberikan kesan yang baik kepada negara mereka.
Di United Kingdom, sejak Jan hingga 29 May 2021, rakyat mereka yang telah mendapat suntikan ialah berjumlah 39,259,168 orang atau sekitar 58.9%.
Pada 1 Jan 2021 sebanyak 53,285 kes telah direkodkan di UK. Kes terus meningkat pada 8 Jan kepada 68,053 kes. Kemudian pada bulan feb hingga may 2021, jumlah kes menurun secara drastik ke angka 3,283 pada 31 May 2021.
Pada 30 May 2021, Qatar telah mencapai tahap 51% jumlah orang divaksin. Sebelum itu Qatar pernah merekodkan sebanyak 2355 kes pada 30 May 2020. Namun Pada 31 May 2021, jumlah kes menurun ke 228 kes sahaja. Hungary pernah merekodkan
jumlah kes sehingga 11,265 kes pada 26 Mac 2021. Setelah mencapai tahap 52.7% program vaksinasi, kes telah menurun ke 156 kes pada 31 May 2021. Pada 20 Apr 2021, Singapura mencatatkan 1426 kes, ketika itu baru sekitar 24% orang telah
divaksin, lebih sebulan selepas itu iaitu pada 24 May 2021, 37% orang telah divaksin, Maka jumlah kes telah menurun ke angka 36 kes sahaja.
Perancis pula pernah mencapai angka 86,852 kes pada 7 Nov 2020. Manakala pada 29 May 2021 setelah 37.8% orang telah divaksin, jumlah kes menjadi
10,675 kes. Cukuplah sekadar beberapa
negara diambil sebagai contoh untuk memberikan kita gambaran betapa pentingnya program vaksinasi ini. Ada orang berkata, buat apa percaya kepada vaksin kenapa tidak percaya kepada rawatan sunnah seperti Habbatus Sauda.
Jawapan kita, YA kita sangat percaya dengan apa yang disebut oleh Baginda Rasul seperti di dalam hadis:
إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا
مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ
Maksudnya: Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: “Kematian”.
[Riwayat al-Bukhari]
Namun Habbatussauda’ ini sebagai contoh, selagi tidak dibuat kajian secara klinikal dan makmal. Belum dapat dibuktikan cara penggunaannya secara berkesan. Selagi itulah pihak terbabit kena
terus mengkaji dan buktikan.
Ibn Battal dan Abu Jamrah dalam memberikan penerangan terhadap hadis habbatussauda sebagai penawar bagi segala penyakit, mereka berpendapat bahawa melalui keumuman lafaz hadis tersebut, maka kaedah perawatan
menggunakan habbatussauda’ adalah berbeza mengikut kesesuaian penyakit.
Maknanya habbatussauda’ dan perawatan sunnah yang lain memerlukan kajian yang lebih mendalam bukan hanya mengambil umum lafaz hadis sahaja.
Oleh itu sebelum kajian klinikal terhadap penawar dari sunah ini dapat digunakan, maka gunakanlah kaedah rawatan saitifik yang sudah terbukti buat masa ini. Masa kita terlampau suntuk dan kita kena segera menghapuskan pendamik ini demi kelangsungan kita di muka bumi.
وَأَنْزَلَ الله عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ
تَكُنْ تَعْلَمُ وَكَانَ فَضْلُ اللهَِّ عَلَيْكَ عَظِيمً ا
Allah telah menurunkan kitab dan hikmah kepadamu dan telah mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui dan kurniaan Allah sangat besar.
(an-Nisa:114)
Semoga kita terus kuat dan cepat menang dalam melawan wabak ini. Ayuh transformasikan pemikiran kita demi Islam.
Assalamualaikum.