The Gathering of Titans

THE GATHERING OF TITANS

Ramai orang keliru antara kejayaan dan pencapaian. Banyak orang yang sudah mecapai kemewahan yang diburu. Tetapi mereka belum dapat merasakan KEJAYAAN sebenar. Untuk mengetahui maksud pencapaian dan kejayaan, mari dengarkan kisah The Gathering of Titans.

Assalamulaikum.

Setiap tahun, ada sekumpulan usahawan yang berprestij, berkumpul di MIT’s Endicott House di luar Boston. Mereka menamakan pertemuan mereka sebagai The Gathering of Titans.

Pertemuan yang mereka adakan bukanlah sesuatu yang membuang masa dan tidak berfaedah. Bukan kerana nak main golf. Bukan disebabkan ada majlis makan mewah atau benda sia-sia lainnya.

Setiap tahun akan ada 40 hingga 50 ‘business owner’ akan ‘spend’ empat atau lima hari dari awal pagi sampai ke petang. Pelbagai penceramah tamu dijemput untuk menyampaikan pemikiran dan idea mereka, dan kemudian ada perbincangan yang akan dipimpin oleh beberapa orang yang hadir.

Acara ni semacam muhasabah tahunan bagi menilai perniagaan dan pencapaian masing-masing.

Penulis buku Start with Why, Simon Sinek menceritakan bahawa, dia pernah dijemput untuk hadir dalam pertemuan itu.

Katanya: “Pada hari pertama, ada soalan yang dikemukakan kepada peserta. Soalannya adalah, berapa banyak dari kalangan mereka yang telah mencapai matlamat kewangan mereka. Kira-kira 80 peratus mengangkat tangan”. Kata Sinek.

Tetapi jawapan untuk soalan seterusnya sangat membawa maksud yang mendalam. Semasa tangan mereka masih di udara, kumpulan itu kemudian ditanya lagi, “Berapa banyak dari kalangan anda merasakan sudah berjaya?”

80 peratus yang mengangkat tangan tadi, menurunkan tangan mereka semula. Mereka merasakan mereka belum berjaya. Walaupun mereka sudah mencapai tahap kewangan dan kehidupan yang dikehendaki. Mengapa ini terjadi?

Acara ini adalah tempat berkumpul para usawahan yang berjaya di Amerika. Kebanyakan dari mereka adalah jutawan. Ada di antara mereka yang dah tak perlu nak bekerja lagi, kerana sudah memiliki kekayaan yang cukup. Namun kebanyakan dari mereka masih merasa belum berjaya.

Apa yang terjadi sebenarnya adalah, kebanyakan dari mereka sudah hilang ‘purpose’ kenapa mereka memulakan perniagaan itu.

Mereka merindui zaman awal semasa mereka memulakan perniagaan. Masa syarikat mereka masih duduk di belakang rumah. Masa tengah ‘struggle’ untuk buat sesuatu. Masa jatuh dan terus berusaha untuk bangun kembali.

Mereka merindui saat-saat itu. Masa itu ‘Purpose’ mereka atau ‘Why’ mereka sangat kuat.

Sekarang mereka merasakan perniagaan mereka, tidak lebih dari hanya sekadar menjual barang dan menghasilkan duit semata-mata.

Mereka sudah hilang ‘Why’ mereka. Sepanjang mereka berdiskusi airmata mereka tidak henti-henti mengalir mengenangkan semua itu.

Kisah yang dinukilkan Sinek ini membuktikan kebanyakan orang yang mencapai sesuatu, mereka belum merasakan benar-benar berjaya.

Mereka merasakan kesunyian walaupun dalam kemasyhuran. Ini kerana, kejayaan tidak sama dengan pencapaian. Kejayaan adalah perasaan. Manakala pencapaian adalah kebendaan.

Adakah anda hanya ingin menjadi mereka yang berjaya mencapai kebendaan tetapi masih belum dapat merasakan kejayaan dihati anda?

Kita ingin menjadi mereka yang mengabungkan antara KEJAYAAN dan PENCAPAIAN. Syaratnya mudah, jangan kita hilang ‘Big Why’ kita.

Mari kita terus memburu ‘Big Why’ kita dan ‘Purpose’ kita. Anda mesti tahu apakah ‘Big Why’ dan ‘Pupose’ anda. Jangan berhenti memburunya. Jika tidak jiwa kita akan kosong walaupun kita sudah kaya.

Ayuh transformasikan kejayaan kita dan pencapaian kita. Terus kuat untuk kita pasak ‘Big Why’ kita demi perubahan.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now