PRINSIP KIRK HAMMET METALLICA
Apakah anda berpuas hati dan akan berhenti belajar apabila kepakaran anda sudah diiktiraf. Kirk Hammett gitaris Metallica yang tak pernah berhenti belajar walaupun dia sudah dilamar menganggotai Metallica dan menggantikan Dave Mustaine.
Sekitar awal 1980 Metallica akan merakamkan album mereka di sebuah studio rakaman di New York. Mereka mengeluarkan gitaris mereka, Dave Mustaine dan menggantikan dengan Kirk Hammett. Dave dipaksa berundur dari Metallica dan dia terpaksa pulang ke San Francisco.
Ketika itu Kirk Hammett baru berusia 20 tahun. Band asalnya adalah Exodus. Penyertaannya dalam Metallica mengubah hidupnya.
Setelah Metallica menjadi band besar dan muzik mereka telah melewati batas muzik metal atau Cult Stardom mudahnya sudah menjadi dewa. Hammett tetap merasakan belum berpuas hati dengan pencapaiannya. Lalu dia mencari seorang guru yang boleh memperbaiki ‘skill’ gitarnya. Di San Francisco tempat kediamannya dia telah bertemu Joe Satriani. Pemilihan Joe Satriani ini adalah kerana Hammett melihat skill gitar Satriani adalah suatu yang baru dan hebat yang belum dia kuasai. Ini supaya Hammett dapat meningkat kefahaman dan dapat membawa genre muzik baru.
Satriani menunjukkan dimanakah kekurangan ‘skill’ gitar Hammett. Dia ada skill yang bagus, menguasai semua ‘key’. Petikan jemarinya hebat namun kekurangannya adalah dia tidak mahir menggabungkan semua teknik itu semasa persembahan.
Satriani berkata: “Hammett murid yang baik tapi ramai rakan dan peminatnya kata saya terlalu keras dengannya.”
Satriani seorang yang tegas dan tidak peduli sama ada Hammett terkenal atau tidak. Hammet perlu menguasai ‘skill’ yang diajar jika tidak Satriani tidak teragak-agak menghalaunya.
Akhirnya, setelah dua tahun balajar, Satriani tetap minta kepada Hammet untuk datang kembali setiap minggu bagi menilai dan mendalami teknik dan teori muzik instrumen yang akan dimainkannya apabila ada konsert sama ada konsert untuk ribuan, puluhan ribu, ataupun ratusan ribu orang.
Agak-agak kalau kita jadi seperti Hammett yang sudah dianggap dewa muzik, adakah kita akan terus belajar untuk menambah dan menajamkan lagi ‘skill’ kita?
Sebab itulah orang seperti ini dapat bertahan lama kerana tidak pernah merasa bagus dengan apa yang mereka ada. Dan sanggup rendahkan diri belajar dari orang lain.
Nabi pernah ingatkan ego akan menjadi hina depan Allah:
وَمَنْ يَتَكَبَّرُ عَلَى اللهِ دَرَجَةً يَضَعُهُ اللهُ بِهِ دَرَجَةً حَتَّى يَجْعَلَهُ فِي أَسْفَلِ السَّافِلِينَ
Siapa yang bersikap sombong kepada Allah satu darjat, maka Allah akan merendahkan satu darjat hingga ke darjat yang paling hina. HS Ibnu Majah.
Seharusnya kisah ini akan menjadikan kita memiliki perasaan ingin terus belajar ‘craving to learn’ walaupun kita sudah mencapai kejayaan. Jangan terpedaya dengan kejayaan itu. Kerana kejayaan tersebut belum tentu kita dapat kekalkan jika kita tidak terus belajar.
Satu lagi buanglah sifat rasa diri bagus kerana itu akan memusnahkan perasaan ingin belajar kita. Terus belajar dan buang kesombongan kita.
Ustaz Pro, bukan sekadar cerita tetapi pengubah jiwa dan minda. Jadikannya teman ‘upgrade’ kita. Terus bersama kami demi transformasi.
Assalamualaikum.