Kisah Ignaz Semmeleis

KISAH IGNAZ SEMMELWEIS

Kebenaran jika tidak dibawa dengan betul pasti akan ditolak dan ditentang.

Inilah kisah Ignaz Semmelweis orang yang dibenci kerana kebenaran yang dia bawa.

Assalamualaikum

Pada tahun 1840 berlaku banyak kematian ibu bersalin dan kes ini dikenali sebagai ‘Puerperal Fever’ atau ‘Childbed Fever’. Kejadian ini berlaku di negara Eropah.

Walaupun pesakit berada di bawah rawatan terbaik, wanita yang bersalin pada masa itu tetap mati.

Seorang ahli fizik Hungary yang bernama Ignaz Semmelweis telah melakukan beberapa hipotesis dan pemerhatian terhadap kes ini.

Semmelweis pada masa itu bertugas di Hospital Besar Vienna, Austria.

Di hospital besar itu ada dua wad bersalin. Satu wad yang dijaga oleh doktor. Manakala satu lagi wad yang diuruskan oleh bidan.

Semmelweis dapati wad bersalin yang diuruskan oleh doktor banyak berlaku kematian. Berbanding wad yang dijaga oleh bidan.

Semmelweis melihat para doktor dan pelatih pada waktu pagi membuat autopsi. Kemudian tengah hari mereka ke wad untuk sambut kelahiran.

Semmelweis mengesyaki berlaku perpindahan kuman dari bilik autopsi kepada ibu yang bersalin melalui sentuhan tangan para doktor. Ini kerana para doktor tidak membasuh tangan semasa menyambut kelahiran.

Pada tahun 1850 Semmelweis cuba memberi penerangan kepada para doktor perlunya membasuh tangan bagi mengelakkan berlakunya kematian kepada pesakit.

Para doktor tidak boleh menerima pandangan ini dan mereka menentang pendapat yang dikemukakan oleh Semmelweis.

Puncanya Semmelweis tidak dapat membuktikan secara saintifik pendapatnya itu. Dan dia menyalahkan para doktor atas kematian para pesakit. Ditambah lagi dia bukanlah doktor bahkan seorang ahli fizik.

Kesilapan Semmelweis di sini adalah kerana, dia cuba memaksa orang menerima pendapatnya. Walaupun pendapatnya betul tetapi para doktor belum bersedia dan memahami ilmu tersebut.

Dia kemudian meninggalkan Vienna dan pergi ke Pest Hungary. Dan di sana dia tetap berkhidmat di wad bersalin. Disitulah dia mempraktikkan kaedah membasuh tangan. Dia berjaya menyelamatkan banyak nyawa dengan praktikalnya.

Ini tindakan betul Semmelweis. Apabila para doktor belum memahami kepentingan membasuh tangan, maka dia praktis di tempatnya.

Semmelweis cuba menerbitkan artikel berkenaan basuh tangan pada tahun 1858 dan 1860.
Tetapi teorinya masih di tolak dan dia dikutuk oleh para doktor. Sepatutnya Semmelweis kena cool saja dan jangan ‘tension’. Dan teruskan saja amalan basuh tangan.

Tetapi apa yang berlaku kepada Semmelweis? Setelah ia ditolak berkali-kali. Akhirnya dia mendapatkan rawatan di mental hospital. Apa yang menyedihkan dia mati di situ. Kematiannya mungkin disebabkan oleh tekanan perasaan setelah ditolak berkali-kali. Dia mati pada tahun 1865.

Peristiwa ini membuktikan kebenaran bukan mudah untuk diterima. Jika tidak bijak membawa kebenaran, pasti ia ditolak mentah-mentah oleh semua pihak.

Benarlah Firman Allah:
قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
“Inilah jalanku yang aku seru menuju Allah dengan kecerdikan di sisiku dan siapa yang ikut ku”
[Yusof 108]

Bijak itu penting untuk buat perubahan

Manakala sang pembawa perubahan perlu bersabar dan atur strategi supaya kebenaran itu diterima. Biar lambat asal selamat.

Perjuangan Semmelweis baru menampakkan hasil setelah kematiannya. Pada tahun 1870 sudah ada kesedaran amalan basuh tangan sebelum pembedahan.

Kebenaran yang dibawa Semmelweis ini benar-benar diterima adalah selepas satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1980.

Barulah amalan basuh tangan di hospital dan masyarakat diterma dan dibuat secara rasmi.

Setelah lebih satu abad juga, barulah Universiti Perubatan Budapest menukar namanya kepada Semmelweis University sebagai menghargai jasa beliau.

Pengajaran di sini, membawa perubahan perlu bijak dan jangan semberono. Jika tidak kebenaran itu pasti ditolak. Jadilah orang yang bijak dalam hal ini.

Cerita ini untuk kita transformasikan diri kita supaya bijak membawa kebenaran. Mari terus kuat dan bijaksana.

Moga kisah semmelweis ini menjadi pengajaran buat kita.

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now