TAHTELBAHIR KAPAL SELAM CIPTAAN MUSLIM
Menelusuri Kehebatan Teknologi Islam
Tahukah anda Tahtelbahir adalah kapal selam milik Islam yang dibina oleh Muslim Turki.
Dalam laporan muslimheritage.com, ada seorang arkitek bernama Ibrahim Efendi dari Kesultanan Uthmaniyah merancang untuk membina sebuah kapal selam yang dipanggil Tahtelbahir (dalam Bahasa Arabnya bermaksud: bawah laut) yang mirip seperti buaya.
Rancangan untuk mencipta kapal selam ini adalah permintaan yang dilakukan oleh Sayid Vehbi untuk membuat Sultan Ahmed III Sultan Uthmaniyah pada masa itu, (1673-1736) terpukau di majlis berkhatan puteranya.
Akhirnya kapal selam itu berjaya disiapkan. Dalam demonstrasi yang dilakukan 1 Oktober 1720 itu, kapal selam yang menyerupai buaya itu muncul di air dan bergerak perlahan ke arah Sultan selama setengah jam. Lalu menyelam kembali selama setengah jam pula, dan muncul di hadapan orang ramai.
Demonstrasi itu mengejutkan dan membuat masyarakat teruja, kerana muncul dari mulut ‘buaya’ kapal selam itu lima orang yang berjalan keluar lalu membawa talam yang berisi nasi dan zerde (hidangan khas Uthmaniyah) di atas kepala mereka.
Menurut catatan, Seyyid Vehbi ada menerangkan berkenaan maklumat teknikal kapal selam ini apabila tenggelam di dalam air. Anak kapal dapat bernafas melalui paip semasa di bawah laut. Ini menunjukkan kepada kita bahawa percubaan pertama kapal selam Uthmaniyah ini telah berjaya.
Difahamkan bahawa kapal selam yang dibina oleh Ibrahim, arkitek, pada zaman Uthmaniyah semasa pemerintahan Ahmed III lebih maju dan membolehkan anak kapal tinggal di bawah air selama satu jam. British juga pernah mencuba untuk membina kapal selam kecil selepas setengah abad kejayaan Ibrahim, namun mereka gagal. Ini jelas sekali menunjukkan bahwa kejayaan Kerajaan Uthmaniyah dalam bidang ini amat ketara.
Namun pada 1776, seorang saintis Amerika yang bernama David Bushnell telah berjaya membangunkan kapal selam milik Amerika.
Islam terkedepan pada asalnya. Ayuh kita kedepankan semula Islam.
Allah menciptakan kita sebagai insan yang mampu belajar dan mereka cipta:
عَلَّمَ الإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
“Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui.” [al-Alaq (5)].
Terus upport dan berjuang bersama Ustaz pro. Terima kasih.
Assalamualaikum.