Sesuatu perkara itu, jika bukan hak dan milik kita, buat apa kita nak ambil.
Assalamualaikum.
Walaupun kejayaan sudah berada di depan mata tetapi dia adalah hasil usaha orang lain dan bukan kita yang mengusahakannya maka tak perlulah kita mengambil kesempatan atas kejayaan itu dan menganggapkan itu kejayaan kita.
Malu kita dan jiwa kita pasti tidak puas jika kita mendakwa kejayaan orang lain adalah kejayaan kita.
Inilah kisah yang terjadi kepada Ivan Fernandez seorang pelumba lari Sepanyol yang berada di belakang Abel Mutai pelari dari Kenya.
Dalam satu acara larian pada tahun 2013 pelari Kenya tersebut sudah hampir sampai ke garisan penamat dan Ivan Fernandez yang berada di belakangnya. Tiba-tiba Abel Mutai menghentikan larian dan menyangka bahawa dia sudah sampai ke garisan penamat.
Abel sebenarnya keliru manakah garisan penamat.
Bila Ivan Fernandez sampai kepada Abel dia tidak memotong pelari Kenya itu dan dia berteriak supaya Abel menyambung lariannya untuk sampai ke garisan penamat.
Tapi Abel tidak memahami bahasa Sepanyol. Ia tidak mengerti apa yang Ivan sebut kepadanya. Lalu Ivan menolak supaya sampai ke garisan penamat. Abel memperolehi kemenangan dan Ivan di tempat kedua.
Lalu wartawan bertanya kepada Ivan, “sebab apa kamu buat macam tu?” Jawab Ivan “impian saya satu hari kita akan dapat menjalani kehidupan bermasyarakat yang baik.”
“Tapi kenapa kamu biarkan dia menang?” Tanya wartawan.
“Aku tidak membiarkan dia menang tapi memang sudah menang pun.” Jawab Ivan.
Kata wartawan lagi: “Tapi boleh saja kalau kamu nak menang dan terus memotong dia tadi.
Ivan terus tengok wartawan itu dan berkata:
“Tetapi apakah kelebihan dari kemenangan saya? Apakah mendapat pingat itu benar-benar satu penghormatan buat saya?
Yang paling penting apa yang ibu saya rasa dengan tindakan saya ini? “
Inilah value yang kita nak ajar kepada semua orang. Kemenangan bukan segala-galanya tetapi kepuasan, kebenaran dan maruah yang perlu diketengahkan. Lebih baik berada di belakang tetapi dengan maruah berbanding berada di depan tetapi dengan penipuan.
Kebanyakkan manusia mengajar kita hari ini, kejayaan dan kekayaan adalah segala-galanya. Walaupun dengan menindas orang dan naik atas usaha orang lain.
Kita jangan jadi begitu. Ambillah semangat Ivan ini. Walaupun boleh menang tetapi bagi dia maruah lebih penting dari segalanya. Baginya, kemenangan mesti dengan maruah dan memiliki kelayakan.
Dalam hal ini kita ingin menjadi seperti Ivan, dia memang tidak ada Islam tetapi ia ada iman. Inilah sifat orang beriman. Jom kita bina dignity dan victory kita. Ayuh bergerak dan menuju kemenangan.
خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِینَ
“Ambillah kemudahan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah dari orang-orang yang jahil.”
(Al-A’raf 199)
Bantu saya share video ini agar lebih ramai yang mampu membawa perubahan ke arah dunia yang lebih baik.
Terima kasih. Andalah sahabat-sahabat saya.