Edmund Hillary dan Tanzing Norgay
Kenapa Edmund Hillary dianggap sebagai orang pertama yang menawan puncak Everest sedangkan yang membawanya sampai ke puncak adalah Tanzing Norgay seorang Sherpa.
Pada 29 Mei 1953 adalah hari bersejarah. Buat pertama kalinya puncak Everest telah ditakluki oleh Edmund Hillary. Namun jika diteliti sepatutnya bukan Edmund Hillary yang sampai dahulu di kemuncak. Ini kerana yang membawa Edmund sampai ke sana adalah seorang bangsa Sherpa Himalaya bernama Tanzing Norgay.
Sepatutnya dia yang dikira orang pertama sampai di kemuncak Everest. Namun di saat sampai puncak, Tanzing mempersilakan Edmund untuk sampai terlebih dahulu. Kata Tanzing: Saya mempersilakan Edmund Hillary sampai dulu kerana tugas saya adalah menghantar dia ke puncak. Itu adalah impiannya. Impian saya adalah menjadi pemandu yang terbaik.”
Walaupun bukan Tanzing dianggap orang pertama yang menakluki Everest. Tetapi dunia tidak akan pernah lupa dialah penyebab kejayaan Edmund.
Perbuatan Tanzing ini dipanggil ‘Servant Leader’ iaitu pemimpin yang sanggup berkhidmat untuk memastikan hasrat orang lain tercapai. Walaupun sepatutnya dia yang layak mencapai kejayaan itu. Tetapi orang sebegini lebih rela melihat orang lain dinobat sebagai wira dan dia rela menjadi pembantu.
Di dunia kini jika anda bertemu dengan ‘Servant Leader’. Hargailah dia dan ambillah panduan darinya. Ini kerana pemimpin yang membantu orang lain untuk lebih berjaya adalah mereka yang benar-benar hebat. Sanggup tidak dikenali demi kejayaan sebenar.
Allah mengiktiraf golongan ini dengan menyatakan:
وَيُؤْثِرُونَ عَلى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ
Mereka sanggup utamakan orang lain walaupun diri mereka susah. – [al-Hasyr (9)].
Semoga kita juga mampu menjadi Servant Leader.
Terus bersama ustaz pro demi perubahan.
Assalamualaikum.