Sultan Bayazid dan Sang Pelawak

SULTAN BAYAZID
Kisahnya dengan Pelawak

Inilah kisah Sultan Bayazid dengan sang pelawak.

Tatkala Sultan Bayazid pemerintah Usmaniah, terjadi satu peristiwa pada tahun 1393 M. Dalam satu majlis keraian, ada seorang wanita tua telah berteriakan.

Sultan Bayazid yang terdengar teriakan itu, lalu memanggil wanita tua tersebut, dan wanita itu pun berkata: “Tuanku, salah seorang pembantu Tuanku telah datang ke tempat kami, lalu dia minum susu kami tanpa membayarnya. Dia turut menengking dan mencela, bila kami meminta bayaran.”

Akibat itu kami menangkap dan menyerahkannya kepada hakim.

Tetapi, hakim membebaskannya. Sebab itulah patik datang untuk memohon keadilan.”
Sultan memerintahkan lelaki itu mengadap dan dia sangat gementar. “Benarkah kamu melakukan sedemikian?” Tanya sultan.
Dia menjawab: “Ampuni patik Tuanku. Patik telah disesatkan syaitan. Patik akan membayar dan bersumpah atas nama Allah, tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.”

Pembantu sultan itu akhirnya dihukum, dan jika diikutkan perkara itu sepatutnya sudah selesai.

Namun Sultan Bayazid, tertanya-tanya bagaimana hakim boleh membuat keputusan sebegitu.

Apakah hakim telah menerima rasuah?
Sultan lalu bertanya kepada pembantunya tadi: “Apakah kamu memberikan rasuah kepada hakim?”. Pembantu itu berkata: “Tidak Tuanku, demi Allah, patik tidak memberikannya wang suapan.
Bagaimana hakim boleh memberikan maaf kepada orang yang merampas hak orang lain?” kata sultan sambil menahan amarah.

“Pengawal, pergi siasat kes ini, dan kita wajib mengembalikan pengadilan ke jalan yang benar.”

Ketua Pengawal, lalu melaksanakan perintah Sultan dan menyerahkan daftar nama orang yang memiliki masalah dengan pengadilan.

Sultan menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia menyaksikan banyak sekali nama yang mempunyai masalah dengan pihak kehakiman.

Sultan Bayazid segera mengeluarkan perintah:
“Kami perintahkan untuk menangkap semua hakim di wilayah ini, baik di desa atau di kota. Para hakim dikabarkan telah melakukan perkara yang melanggar syariat dalam membuat keputusan.

Sebahagian lagi dikatakan telah menerima rasuah. Bawa mereka semua ke ibukota!”

Perdana Menteri yang bernama Jandrali Pasha, merasa panik dengan perintah sultan. Dia tidak berani menanyakan apakah hukuman yang bakal dijatuhkan.

Sultan yang masih muda itu berkata lagi: “Hilangnya keadilan menjadi petanda runtuhnya negara. Aku akan masukkan para hakim ini ke dalam sebuah rumah, lalu aku akan membakarnya.”

Para menteri menjadi kecoh saat mendengar keputusan itu. Namun, tak ada seorang pun yang berani membantah keputusan keras tersebut.

Dalam kondisi ini, hanya ada seorang sahaja yang berani berdialog dengan baginda, iaitu Pelawak Penghibur Sultan.

Dia pandai menyampaikan suatu maksud penting dengan bahasa lawak yang lucu. Jandrali Pasha lalu memanggilnya.

“Jangan khawatir, Tuan Pasha. Ini perkara mudah,” kata sang pelawak.

Keesokannya, sang pelawak mengenakan pakaian bermusafir jauh. Dia lalu pergi menemui
Sultan Bayazid, dan baginda tersenyum lucu dengan pakaian sang pelawak.

Baginda bertanya:
“Kenapa kamu pakai begini, adakah kamu ingin pergi bermusafir?”

“Benar, Tuanku. Izinkan patik untuk melakukan perjalanan jauh.

“Ke mana kamu akan bermusafir?”
“Ke negeri Bizantium, Tuanku.”

“Kenpa kamu mahu ke sana?”

“Patik ke sana untuk mengundang seratus dukun dan pendeta ke kota
Burshah.”

Sultan mengerutkan keningnya,
“Seratus dukun dan pendeta ke
Burshah? Apa yang para dukun dan pendeta itu akan lakukan di sini?”

“Mereka semua akan mengambil alih tugas hakim di sini, wahai Tuanku. “Apa kau gila, dukun dan pendeta melaksanakan tugas sebagai hakim? Tidak adakah lagi hakim di negeri ini?”

“Tidak ada Tuanku. Bukankah
Tuanku akan membakar mereka? Bagi menggantikan tugas mereka, para dukun dan pendeta akan menjadi hakim. Rakyat akan mengadukan masalah mereka dan mendapatkan keadilan. Mereka juga boleh menjadi cendekiawan.”

Sultan tertawa mendengar ucapan pelawak itu. Kini Baginda menyedari betapa beratnya hukuman yang bakal dijatuhkan kepada para hakim.

“Baik baik beta akan membatalkan keputusan itu. Nampaknya beta telah berlebihan dalam masalah ini,” kata Sultan Bayazid.

Akhirnya, baginda mengganti hukuman yang sesuai untuk para hakim yang telah menyeleweng itu.

Kisah ini memberikan gambaran, seseorang itu ada fungsi dan peranannya jika diletakkan di tempat yang betul. Jandrali Pasha yang bijak tahu siapa yang boleh memainkan peranan menenangkan sultan. Walaupun dia seorang pelawak tetapi bila diletakkan di tempat yang betul, maka ia akan menjadi manfaat.

Jangan silap meletakkan seseorang pada peranan yang salah,pasti kerosakkan akan lebih banyak dari kebaikan. Benarlah sabda Nabi:

إذا وسِّدَ الأمرُ إلى غَيرِ أهلِه فانتَظِرِ السَّاعةَ

Bila disandarkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.

Ayuh letakkan manusia pada tempatnya yang betul demi kejayaan.


Ustas Pro
Assalamualaikum.


Sumber:
1- Orkhan Muhammad Ali, Rawa’i min At-Tarikh Al-Utsmani, 83-86.

2- Min Rawa’i Tarikhina (Mohammad Mustafa Saad & Dr Nasir Abu Amir al-Humahi)

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now