Kisah Jambatan Choluteca

JAMBATAN CHOLUTECA

Jangan biarkan hidup kita jadi seperti Jambatan Choluteca kukuh dan canggih tetapi tidak berguna. Jom dengarkan kisahnya.

Assalamualaikum.

Cerita hari ini mengenai kehebatan jambatan di Honduras yang sangat kuat. Walaupun empat hari di landa taufan dan hujan tetapi tetap berdiri teguh.

Honduras adalah sebuah negara yangg selalu terdedah kepada bahaya ribut taufan. Pada tahun 1996, negara Honduras melantik firma kejuruteraan dari Jepun untuk membina sebuah jambatan di sungai Choluteca.

Oleh itu, jambatan yang hendak dibina untuk menyeberangi sungai Choluteca ini haruslah sangat kukuh dan kuat. Material yang terbaik dan teknologi paling canggih zaman itu digunakan. Ianya siap dibina sepenuhnya pada tahun 1998.

Semua orang kagum dengan jambatan itu. Ia menjadi satu mercu tanda kebanggaan orang-orang di Choluteca.

Namun pada tahun yang sama pada bulan Oktober, monumen kebanggaan rakyat itu berhadapan dengan ujian yang sebenar. Ribut taufan Mitch melanda. Empat bulan hujan lebat turun tanpa henti. Air sungai melimpah dan berlaku banjir besar. Lebih kurang 7000 orang hilang nyawa.

Persoalaannya, adakah “investment” untuk membina sebuah jambatan yang sangat kukuh, kuat dan moden itu berbaloi?

Ya, ia sangat berbaloi sebab segala usaha dilakukan mendatangkan hasil. Ianya kekal utuh tanpa sebarang kerosakan.

Tetapi tidak lagi digunakan selepas peristiwa Taufan Mitch itu.

Apa yg terjadi sebenarnya?
—————————————————————–
Pertama, dua buah jalan yang menghubungkan jambatan itu telah rosak dan hancur sama sekali.

Kedua, yang paling dasyat, sungai Choluteca telah beralih arah alirannya. Ia mengalir di sebelah jambatan tersebut, bukan lagi dibawah jambatan itu.
Bila tujuan utama jambatan itu dibina telah tiada, apa guna jambatan tersebut walaupun ia kekal kuat?

Kegagalan kita untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam karier kita, bisnes kita dan hidup akan menyebabkan kewujudan kita walaupun hebat, canggih dan bertapak kukuh sebelum ini tidak akan berguna. Ini berlaku jika kita gagal membaca perubahan.

Zaman kini siapa yang lead the trend akan berjaya. Kalau tidak berjaya lead the trend tetapi pandai membaca perubahan trend dan adapt, juga akan berjaya.

Kejayaan FB kerana sentiasa releven di mata pengguna. Sentiasa upgrade algorithm dan sistem. Manakala kegagalan BlackBerry kerana gagal membaca trend dan enggan menerima perubahan.

Jangan salah faham membaca perubahan bukan mengikuti orang lain tetapi tahu apa kehendak dan keperluan di zaman itu.

Persoalan paling besar hari ni, adakah umat Islam masih relevan di Dunia atau mereka sudah menjadi Jambatan Choluteca?


Jambatan Choluteca kukuh, hebat, canggih tetapi hilang tujuan maka ia menjadi bahan sejarah sahaja. Elakkan diri kita sebagai umat Islam yang hanya menjadi bahan sejarah.

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini, tidak dipakai”.
[Al-Furqan(25):30]

Marilah kita jadi umat yang sentiasa adapt dengan perubahan. Jom terus kuat. Share anda dapat membuka dimensi baru pada rakan yang lain. Teruskan share demi perubahan. Terima kasih.

Ustaz Pro
Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now