Soichiro Honda

Pandemik ataupun COVID-19 yang menimpa kita sebenarnya mempunyai banyak kebaikan. Benarkah demikian? Mari kita selusurinya.

Assalamualaikum.

Sekuat mana pun usaha kami untuk membuat video yang terbaik akan jadi sia-sia jika tidak mendapat sokongan infaq dari anda dan untuk terus share video ini. Marilah bantu kami untuk kembangkan perubahan. Setelah Soichiro Honda mendapat kontrak untuk membuat ring piston bagi pihak Toyota, tiba-tiba keadaan malang menimpanya. Jepun terlibat dalam peperangan dengan Amerika Syarikat menyebabkan banyak kemusnahan yang terjadi. Bahkan Kilang Honda juga terlibat dalam kemusnahan dan terbakar sebanyak dua kali dalam peristiwa tersebut.

 

Honda tidak pernah kecewa bahkan terus bangun untuk mendirikan semula kilangnya. Namun tanpa diduga, gempa bumi pula meletus menyebabkan kilang yang dibinanya hancur kembali. Akhirnya dia terpaksa menjual kilang ring pistonnya kepada Toyota kerana sudah tidak mampu untuk membangunkannya lagi. Akhirnya pada tahun 1947 setelah Jepun kalah dalam peperangan dan ekonomi Jepun menjadi musnah. Honda terpaksa menjual keretanya untuk membeli makanan bagi keluarganya.

 

Namun dalam keadaan terdesakbegitu dia telah membangunkan injin berskala kecil untuk diletakkan pada basikal. Rupa rupanya injin itu menarik perhatian warga Jepun. Ini kerana kenderaan lain sudah tidak dapat digunakan akibat perang dan kekurangan sumber petrol. Mereka pun mula memesan enjin tersebut. Permintaan terhadap enjin itu sangat tinggi hinggakan kehabisan stok. Bertitik tolak dari situlah Honda mula mendirikan kilang motosikal untuk memenuhi permintaan yang akhirnya jenama motosikal Honda mendunia selepas itu.

 

Faktor Soichiro Honda inilah menyebabkan saya menyebut bahawa Pandemik sebenarnya boleh menjadi nilai baik kepada kita jika kita berfikiran positif dan optimis. Apabila kita mampu untuk berfikir menukarkan musibah yang menimpa kita kepada peluang yang menanti, percayalah ia akan menjadi kebaikan yang banyak untuk kita. Kejayaan Honda kerana ia tidak pernah menyerah kalah dengan musibah yang menimpanya.

 

Takkan kita sebagai orang Islam yang ada iman, yang ada Allah, yang ada Islam, yang ada Nabi akan menyerah kalah bila musibah menimpa kita dan tidak tahu untuk mencari jalan keluar. Sedangkan sang Honda ini tidak Islam tetapi tetap kekal positif dan optimis dengan apa yang boleh diusahakan. Hentikan merungut dan bercakap benda negatif. Mengeluarkan perkataan-perkataan yang melemahkan kita kerana itu akan membunuh jiwa kita. Tukarkan ucapan kita kepada: “insya-Allah ada jalan insya-Allah ada ruang insya-Allah ada peluang.” Dari berkata:“Habis lah aku malanglah nasib aku, entah apa nak jadi kepada ku. Tukarkan segera barulah apa yang datang pasti menjadi keuntungan buat kita.” Semoga kisah Soichiro Honda ini membuatkan kita untuk lebih optimis dan positif bagi menukarkan musibah Pandemik sebagai peluang yang mampu kita ambil untuk jadi lebih baik.

Firman Allah:


وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئً ا

 

Jika kami sabar dan yakin dengan Allah tidak akan ada kemudaratan yang akan menimpa kamu.

(Ali -Imran 120)

 

Ayuh transformasikan diri kita untuk terus kuat seperti Soichiro Honda demi Islam.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now