Lego

Tidak pernah putus asa. Tidak pernah merasa puas dengan kualiti produk dan ingin terus memperbaikinya, menjadikan produk permainan ini mendunia dan bertahan lama. Inilah kisah Lego.

 

Assalamualaikum.

 

Pada 1916, Ole Kirk Cristiansen anak petani miskin berjaya membeli sebuah bengkel kayu hasil simpanannya sebagai tukang kayu. Walaupun hanya tamat pengajian di sekolah menengah, Ole memiliki cita-cita tinggi untuk berjaya. Namun nasib malang menimpanya apabila bengkalnya terbakar pada tahun 1924. Tetapi Ole tidak berputus asa. Dia lalu membangunkan sebuah bengkel yang lebih besar di Bilund sebuah bandar di tengah Denmaerk. Ole mengambil lebih ramai pekerja dan keluarkan lebih banyak produk kayu.


Ole seorang yang terkenal dengan sikap menjaga kebajikan para pekerjanya. Dia juga seorang yang sangat teliti dan sangat menjaga kualiti barang yang dijual. Tapi, malang tak berbau, masalah ekonomi dunia berlaku. Bisnesnya jatuh teruk sewaktu Great Depression. Dia terpaksa memberhentikan seorang demi seorang para pekerjanya sehinggalah pekerja yang terakhir. Malang menimpanya lagi. Isterinya pula meninggal dunia dan meninggalkan 4 orang anak lelaki bersamanya.

 

Pada ogos 1932, Demi kelangsungan hidup mereka, Ole mengunakan saki baki kayu dari bengkelnya untuk membuat mainan kanak-kanak. Dia buat secara kecil-kecilan. Kemudian meningkat perlahan-lahan hingga akhirnya dia dapat ambil balik beberapa pekerja lama yang dibuangnya.
Dari situlah Ole bertukar membuat produk berasaskan kayu kepada alat mainan buatan kayu. Ole beruntung kerana anak ketiganya yang bernama Godfred menunjukkan minat untuk membantu ayahnya. Gandingan dua beranak ini melancarkan banyak urusan.

 


Tapi malang menimpa lagi, apabila satu-satunya pemborong yang mengambil produk mainan kayu mereka, telah jatuh bangkrap. Akhirnya Ole menjual sendiri barangannya di kedai-kedai sekitar. Malangnya, Ole bukanlah seorang jurujual yang baik. Dia tidak mendapat untung seperti yang diharapkan. Tetapi Ole tidak berhenti. Pada 1934, nama Lego digunakan sebagai nama syarikat mereka, sempena dari perkataan Leg Godt yang bermaksud “Play Well” dalam bahsa Denmark. Tuah berlaku, apabila tanpa disedari, perkataan Lego membawa maksud “i put it together” dalam bahasa latin. Ini menjadikan nama produk mereka senang diterima diluar Denmark.

 

Penghujung 1930an, syarikat mula membuat keuntungan. Ole banyak mengunakan wang untuk invest beli mesin yang lebih baik bagi menghasilkan produk yang berkualiti, baginya kualiti ialah segala-galanya. Pada tahun1942 berlaku ribut petir yang menyebabkan kilangnya terbakar. Semua mainan dan kedai terbakar. Akhirnya dia buat kilang baru dengan batu yg lebih proper dan kukuh. Tahun 1946 Ole ke Conpenhagen untuk melihat pameran mesin baru. Dia berminat dengan sebuah mesin untuk membuat plastik. Pada 1947 dia membeli mesin tersebut dan mula membuat produk dari plastik tanpa menghentikan produk kayu.


Pada 1954 Godfred dapat idea untuk meletakkan sistem pada set permainan lego. Biasanya kanakkanak hanya bermain mainan yg telah siap. Kini Godfred melakukan sesuatu yang membolehkan kanak-kanak mencantum mainan mengikut imaginasi mereka sendiri. Antara masalah besar yang dihadapi di peringkat awal ialah, setiap binaan dari lego tidak melekat ketat, menyebabkan cantuman itu jatuh bertaburan bila diangkat. Namun pada 1958 Godfred telah berjaya buat lego yang ketat, tidak mudah tercabut, tetapi usaha ini tidak sempat dilihat oleh Ole kerana beliau meninggal dunia kerana sakit jantung pada 11 mac 1958, ketika umur 66 tahun.

 

Selepas itu Godfred mengambilalih syarikat. Tahun 1960 kilang mereka terbakar lagi. Produk kayu semua habis hangus. Akhirnya selepas 15 tahun membuat produk mainan kayu, godfred memutuskan untuk menghasilkan produk plastik sepenuhnya. Ketika itu lego sudah ada 450 orang pekerja. Pada tahun 1961 Lego masuk ke pasaran Amerika dan Canada melalui Samsonite, iaitu sebuah syarikat membuat beg. Selepas itu barulah Lego mula mencapai kejayaan yang kukuh satu-persatu.

 

1968 sebuah taman tema Legoland dibina di Bilund kerana memenuhi permintaan orang ramai yang ingin melawat kilang mereka. Apa yang menarik pada 1972 anak Godfred, bernama Kjeld pula join company. Kjeld bertanggungjawab menjadikan syarikat lebih semasa dengan
zaman. 1975 – 1977 mereka mula buat komponen mekanikal seperti gear, skru, nut dan lain-lain.

 

1978 Lego mula membuat kapal angkasa, astronaut dan kelegkapan angkasa lepas. Tahun 1979 Kjeld mengantikan ayahnya Godfred sebagai presiden. 1990 Lego menjadi antara 10 syarikat pembuatan mainan terbaik di dunia. Tahun yg sama Legoland malaysia pula dibina. Pada tahu1995 Godfred meninggal dunia dan kemudian syarikat diterajui sepenuhnya oleh Kjeld.


2014 syarikat perfileman terkenal Warner Bros dan The Lego Grope keluarkan The Lego Movie, 2017 Warner Bros dan DC Entertaintment keluarkan The Lego, Batman Movie. 2019 The Lego Movie 2, The Second Part. Sesuai dengan prinsip datuk mereka Ole yg berbunyi, “only the best is good enough” : “ hanya yang terbaik, itu baru benar-benar berbaloi”. Kini, Lego merupakan sebuah syarikat gergasi berusia 89 tahun. Mempunyai 18,800 pekerja di seluruh dunia. Sehingga kini Lego masih sebuah syarikat Sendirian Berhad yang dimiliki keluarga. Walaupun tidak ke bursa saham, pendapatan bersih Lego mengikut data pada 2019 ialah berjumlah 1.32 bilion.

 

Ini menjadikan lego sebagai syarikat permainan paling untung di dunia pada ketika itu. Pengajaran dari kisah Lego ini adalah jangan pernah berputus asa dengan cabaran yang dihadapi. Jangan pernah merasa puas dengan apa yang dicapai. Sentiasalah upgrade seperti yang dilakukan Ole, Godfred dan Kjeld terhadap Lego. Jangan takut, produk yang berkualiti pasti akan ada yang mahu memasarkannya walaupun lambat sedikit untuk diyakini. Ayuh kita terus kuat seperti Lego dan melakukan transformasi dalam kehidupan dan urusan kita.

 

إِنَّ اللهََّ مَعَ الصَّابِرِينَ

 

Allah bersama orang-orang yang sabar.

(al-Baqarah 153).

 

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now