HUKUM LELAKI PAKAI SUTERA KERANA SAKIT
Hukum lelaki memakai sutera kerana mengalami penyakit.
Hukum asal lelaki memakai sutera adalah haram. Hadis menyatakan
أُحِلَّ الذَّهَبُ وَالْحـَرِيرُ لِإِنَاثِ أُمَّتِي وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا
Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya.”
Riwayat al-Nasa’i (5163)
Namun memakai sutera kerana penyakit, dibenarkan oleh syarak.
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَخَّصَ لِعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، وَالزُّبَيْرِ فِي قَمِيصٍ مِنْ حَرِيرٍ، مِنْ حِكَّةٍ كَانَتْ بِهِمَا.
“Sesungguhnya Nabi memberi keringanan kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf dan al-Zubair untuk memakai baju sutera kerana penyakit gatal kulit (yang ada pada mereka).”
Riwayat al-Bukhari (2919) dan Muslim (2076)
Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan pandangan al-Tabari, menyatakan dalil hadith melarang lelaki menggunakan sutera, tidak termasuk bagi orang yang berpenyakit yang penyakitnya boleh berkurangan dengan hanya memakai pakaian sutera.
(Lihat Fath al-Bari, 10/295).
Seseorang lelaki yang sakit, terutamanya kulit yang sensitif atau alergik, dibenarkan menggunakan pakaian sutera jika itu dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya.
Namun keharusan tersebut terhad selama mengalami masalah kulit atau penyakit tersebut.
Sekiranya sudah sembuh, maka hukumnya kembali kepada haram lelaki memakai sutera.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
Rujuk
Maktabah al-Bakri
#3663: Terpaksa Guna Sutera Kerana Sakit