Lamborghini vs Ferrari

Kerana marah dan terhina, produk ini menjadi mahal.

Assalamualaikum.

Tahukah anda punca dari kemarahan dan dihina menyebabkan laki-laki ini menghasilkan produk yang mahal? Lelaki ini pada asalnya seorang pembuat traktor yang berjaya. Ia membangunkan traktor yang dibuat dari hasil lebihan perkakas senjata semasa pasca Perang Dunia ii. Ia mula menjadi kaya hasil dari traktor tersebut. Itulah Lamborghini. Mekanik yang handal pernah bertugas di Angkatan Udara Itali. Traktornya menggunakan nama Lamborghini. Kekayaan yang dimilikinya menjadikan dia mula terlibat dalam hobi yang mahal dengan membeli sebuah Ferrari 250 GT. Dia kecewa dengan kereta mewah tersebut kerana bahagian clutch bermasalah, hingga akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan Enzo Ferrari untuk memberi cadangan. Setelah bertemu, pandangannya dipandang sebelah mata oleh Enzo Ferrari. Bahkan ia dilemparkan dengan kata-kata sinis: “Masalah sebenarnya bukan pada kereta, tetapi pada pemandu!”

 

Paling menyakitkan hati, Ferrari melontarkan ucapan pedas dan menyuruh Lamborghini meneruskan saja perniagaan traktornya itu. Akibat terlampau marah kerana dihina Lamborghini bersumpah untuk mencipta kenderaan yang akan mengalahkan pesona Ferrari. Selepas itu Lamborghini mula serius mengeluarkan kereta berprestasi tinggi. Dia mengambil Giampaolo Dallara yang pernah bekerja dengan pasukan Ferrari V2. Termasuk Giotto Bizzarini, Franco Scaglione juga pernah bersama Ferrari diambil untuk melengkapkan misinya.

 

Tiga orang ini sangat jelas tugas mereka adalah membuat GT mewah dan kuat yang mampu mencapai kelajuan 241km/jam. Akhirnya kereta ini siap dengan jenama Lamborghini 350 GT Dan diperkenalkan kepada umum pada bulan Mac 1964 di Geneva Auto Show. Sehingga kini Lamborghini dan Ferrari terus bersaing mencipta kenderaan yang menjanjikan prestasi terbaik. Dua jenama ini memiliki peminat masing-masing. Di sini menunjukkan kemarahan dan perasaan dihina bila diletakkan di tempat yang betul menjadi kekuatan untuk mencipta sesuatu yang hebat.

 

Di sini juga mengajar kita kalau nak mencapai satu impian kena bekerjasama dengan orang yang betul yang boleh melaksanakan ke hendak kita. Kepandaian Lamborghini adalah mengambil pekerja musuhnya untuk bersaing menjadi lebih baik. Apakah pengajaran untuk umat Islam. Pengajaran untuk kita sebagai umat Islam di sini adalah:

 

1- Umat Islam sepatutnya bila semakin dihina makin kuat untuk mencipta sesuatu bukan makin jauh daripada dunia dan meninggalkan dunia.


2- Umat Islam sepatutnya mencari daya dan usaha untuk menutup penghinaan yang selalu dilontarkan kepada kita. Kerana di sisi kita ramai kepakaran yang masih berdiam diri yang belum digunakan sepenuhnya. Ayuh tugas kita adalah gerakan mereka untuk menguatkan semula Islam.

 

Allah mengajar kita jangan biarkan penghinaan dan hendaklah terus bangun.


وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم
مُّؤْمِنِينَ

 

Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang beriman.

(Al-i’Imran – 139)

 

Semoga kita kuat kembali dengan teruskan segala usaha yang kita lakukan kini. Anda teruskan usahakan sesuatu. Saya pun terus usahakan sesuatu. Kita tidak mendengar sahaja kisah ini bahkan kita cuba untuk merialisasikan apa yang kita mampu lakukan demi Islam.

 

Mari kita mengajak rakan kita semua untuk kuatkan kembali Islam dengan melakukan apa yang kita mampu lakukan. Jangan hanya mendengar sahaja tanpa usahakan sesuatu. Share video ini semoga kita menjadi agen untuk menggerakkan semua orang. Terima kasih kerana like share dan comment. Anda yang terbaik

 

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now