16 Sebab Manusia Gagal

16 Sebab Kenapa Manusia gagal dalam hidup.


Assalamualaikum


Steve Mueller dalam artikelnya The 16 Reasons We Fail in Life menyatakan ada 16 sebab yang menyebabkan manusia gagal
dalam hidup.

 

1. Tidak ada displin dalam diri

Ini kerana kejayaan menuntut kita memiliki displin yang tinggi.

 

2- Tidak tabah menghadapi rintangan

Hanya memiliki bakat dan cerdik tapi tidak disulam dengan ketabahan pasti gagal akhirnya.

 

3- Tiada kesanggupan mencabar arus

Hidup memang mudah kalau ikut arus. Tetapi mereka yang berani cabar arus sahaja akan berjaya mencapai kejayaan.

 

4- Ketiadaan perancangan

Tidak mengapa jika perancangan tidak sempurna. Tetapi kalau masih blur tak tahu secara jelas mahu ke mana pasti berhenti di tengah jalan.

 

5- Takut kegagalan

Takut gagal akan melumpuhkan terus pergerakan kita. Ini kerana untuk tidak gagal jangan buat apaapa pasti tidak gagal. Untuk berjaya kegagalan adalah temannya.

 

6- Mahu sesuatu kejayaan tu dengan cepat

Bila keputusan selalu menunjukkan gagal maka berhenti untuk melakukannya menjadi pilihan. Kita kena yakin bahawa kejayaan akan mengambil masa.

 

7- Kurang percaya pada kemampuan diri

Bila kepecayaaan terhadap kemampuan diri tidak ada, secara psikologi dan emosinya dia akan teragak-agak untuk melengkapkan misi kejayaan.

 

8- Tidak ada sifat merendah diri

Merendah diri membuka ruang orang lain membantu kita. Kita tidak akan berjaya tanpa bantuan sekeliling.


9- Suka bagi alasan

Jika awal-awal lagi suka beri alasan, kita telah menggariskan jalan menuju kegagalan. Ini kerana memberi alasan adalah langkah orang yang lari dari kejayaan.

 

10- Enggan mengadakan hubungan dengan banyak pihak

Tidak ada sejarah seseorang yang bergerak soran diri akan berjaya.

 

11- Condong untuk menyerah kalah

Ini secara automatik akan membawa menuju kegagalan. Menyerah kalah sebenarnya sudah kalah.

 

12- Sukar terima nasihat

Orang gagal paling takut menerima teguran dan kebenaran. Sudah tentu tidak mahu terima nasihat memandu orang itu berada dilandasan kegagalan.

 

13- Enggan belajar dari kesalahan lalu

Bila enggan maknanya akan menyebabkan orang itu terus berada dalam kesalahan dan tidak akan berjumpa jalan kejayaan.

 

14- Gagal untuk mengatasi gangguan

Gangguan menganggu fokus. Orang tidak fokus mustahil untuk berjaya.

 

15- Suka bertangguh perkara yang wajib disegerakan

Bertangguh menyebabkan masalah terkumpul. Belum dapat selesaikan masalah lalu masalah baru akan datang.

 

16- Tidak mahu ambil tanggungjawab

Dia akan sibuk menuding jari pada pihak lain. Orang yang tidak bertanggungjawab ini jalan keluarnya adalah lari dari kenyataan. Mana mungkin orang begini akan berjaya. Untuk berjaya hindarilah 16 perkara ini.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now