Dua peluang yang dilepaskan Kodak, akhirnya membawa mereka kepada bankrup.


Assalamualaikum


Selama lebih 100 tahun kodak menjadi peneraju dalam industri fotografi. Namun pada tahun 2012 mereka diisytihar bankrup. Mereka telah melepaskan dua peluang berharga.


Apakah dua peluang itu?


Pertama, Pada tahun 1975, Steve Sasson pekerja Kodak sendiri telah berjaya mencipta Kamera Digital. Ia telah membawa ciptaan ini ke pihak atasan. Tetapi mereka sedikit pun tidak teruja dengan penemuan itu. Bahkan mereka menjawab: “Print had been with us for over 100 years,no one was complaining about prints, they were very inexpensive, and so why would anyone want to look at their picture on a television set?”


Pada tahun 1989 Sasson dan rakannya Robert Hill benar-benar berjaya menghasilkan Kamera Digital moden yang menggunakan Single-Lens Reflex (S.L.R) yang sama dengan model kamera profisional hari ini. Tetapi malangnya, pihak marketing enggan pasarkan kamera digital ni, Kerana mereka takut ia mengganggu hasil jualan Filem dan alat printing Kodak.


Persoalannya, kenapa kodak enggan terima kamera digital?


Bagi mereka model bisnes pada masa itu telah memberikan keuntungan lumayan. Buat apa nak ubah. Setiap step proses fotografi, akan membawa duit masuk kepada Kodak. Bermula dari beli kodak filem, ambil gambar, gunakan flash kodak. Kemudian nak cuci gambar mesti guna bahan kimia kodak. Cetak gambar pun atas kertas yang khusus kodak keluarkan. Cadangan kamera digital akan menghapuskan seluruh core bisnes tadi.


Kesalahan Kodak adalah mereka terperangkap dalam core bisnes yang sepatutnya boleh diubah selagi ianya masih dalam bidang fotografi.


Tahukah kita Kamera Digital telah dipatenkan oleh Kodak pada tahun 1978. Disitu sahaja Kodak sudah untung billion. Ini kerana, jika siapa yang ingin menggunakan paten kamera digital mesti bayar kepada Kodak. Tapi bagi Kodak itu bukan core bisnes mereka dan kurang untung. Sayang Kodak bukan saja tidak nampak peluang bisnes baru yang patut diterokai. Bahkan mereka terlepas PELUANG menjadi peneraju Kamera Digital.


Manakala Peluang kedua yang mereka lepaskan adalah Ofoto.


Apakah Ofoto?


Kodak sudah pun memperkenalkan satu laman web untuk kongsikan foto di situ. Namanya Ofoto. Pengguna boleh menyimpan foto mereka secara maya bila mereka menggunakan Ofoto. Apa yang menarik, Laman Web ini wujud sebelum adanya facebook dan Instagram. Sepatutnya Kodak sudah pun lead sistem simpanan foto maya. Tapi malangnya tujuan Ofoto ini adalah untuk menarik seramai mungkin orang supaya mencetak gambar digital menggunakan printing mereka. Mereka tetap mahu tumpukan core bisnes mereka iaitu print gambar foto. Bahkan enggan melihat peluang lain yang lebih luas.


Kalau mereka sedar value Ofoto mereka akan menukar strategi pencetakan kepada penyimpan gambar online.


Semasa Kodak difailkan bankrup tahun 2012, penyimpan foto maya Instagram sudah bernilai $1billion. Menunjukkan Kodak terlepas peluang sekali
lagi untuk menerajui teknologi simpanan gambar maya.


Apakah masalah kodak sebenarnya?


Masalah mereka adalah arrogant dan degil untuk menerima perubahan. Dan terlalu lama dalam keselesaan tanpa dicabar. Menjadikan mereka leka dengan perubahan. Malang siapa yang ada jadi begini. Jangan kita jadi degil dan selesa seperti kodak. Akibat kedegilan dan terlampau selesa, mereka terlepas segalanya. Jom terus kuatkan diri untuk berubah dan jadi lebih baik.


Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now