Elizabeth Holmes

Elizabeth Holmes

Menjadi penipu akhirnya tetap akan membawa kebinasaan. Inilah kisah Elizabeth Holmes

Pada tahun 2003, Elizabeth Holmes mengasaskan sebuah syarikat yang bernama Theranos,

Idea Elizabeth adalah menghasilkan satu peranti mudah alih yang boleh diagnosis apa jua jenis penyakit hanya dengan menitikkan setitis darah.

Syarikat start-up ini telah berjaya menarik minat para pelabur dan mereka sanggup menyumbang berbilion dollar ke dalam projek itu
Dalam tahun 2014, Theranos berjaya menarik pelabur hingga menjadikan nilai Syarikat naik sebanyak RM 39.7 Bilion.

Namun masalah syarikat mula timbul pada tahun 2015, apabila seorang penulis bernama John Carreyrou mendedahkan dalam The Wall Street Journal, bahawa teknologi Theranos adalah palsu.

Selama ini segala analisis darah yang mereka lakukan bukanlah menggunakan alat peranti mudah alih itu. Tetapi ianya dihantar ke makmal besar untuk dianalisis.

Pendedahan ini menyebabkan Theranos dan Elizabeth Holmes tidak dapat menutup penipuan mereka di Silicon Valley dan akhirnya membawa kepada bankrapnya syarikat.

Memang sejak kecil lagi, Elizabeth sangat bercita-cita untuk menjadi kaya. Apabila ditanya apa cita-citanya, dia akan menjawab dengan pantas, “Aku ingin menjadi seorang billionaire”.

Ternyata dia berjaya menjadi bilionaire ketika berusia 31 tahun. Malah, dia merupakan antara bilionaire wanita yang paling muda dan paling kaya di Amerika.

Tapi malangnya kejayaan yang dikecapinya adalah dengan menipu. Oleh kerana penipuan ini, akhirnya dia jatuh bankrap dengan teruk.

Pada awalnya memang banyak pihak teruja dengan idea yang dibawa Elizabeth. Ini kerana idea itu sangat hebat. Malangnya Elizabeth menipu dan mengkhianati kepercayaan masyarakat kerana terlampau ingin menjadi kaya walaupun menggunakan cara menipu.

Kes penipuan ini dibicarakan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di San Jose dan jika didapati Elizabeth Holmes bersalah kerana menipu, hukuman penjara 20 tahun menantinya.

Pengajaran dari kisah ini adalah:

Pertama: Penipuan boleh menjadikan seseorang itu mencapai cita-citanya dengan cepat. Tetapi bila terdedah penipuan tersebut, pasti musnah segala usaha yang dilakukan.

Kedua: Penipuan walaupun nampak hebat tetapi akhirnya tetap akan terdedah kerana penipuan bukan fitrah manusiawi.

Ketiga: Diharap janganlah kita menjadi penipu dalam mencapai cita-cita kita. Sama ada cita-cita politik, kuasa, kekayaan dan lainnya. Ini kerana sekali kita menipu masa depan kita akan gelap walaupun cerah pada awalnya.

Ayuh transformasikan diri kita untuk terus jujur walaupun kejayaan agak lambat dengan kejujuran. Biar lambat tetapi kekal berbanding cepat tapi mudah runtuh, pasti tidak berguna.

Benarlah firman Allah berkenaan kebatilan dan kebenaran:

وَقُلْ جَاءَ الحْـَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
Bila datang kebenaran terhapuslah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan tetap akan lenyap.

Mari, kita terus menjadi jujur. Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now