Bershim & Tamberi berkongsi emas Olimpik

Mereka sanggup berkongsi emas dalam acara lompat tinggi Olimpik Tokyo. Inilah kisah Barshim dan Tamberi yang sanggup berkongsi podium kejuaraan. Jom saksikan kisah mereka.

 

Assalamualaikum

 

Ketika Mutaz Essa Barshim atlit lompat tinggi dari Qatar dan Gianmarco Tamberi atlit Itali terikat kedudukan di ketinggian 2.37 meter maka sepatutnya akan ada lompatan penentuan bagi menentukan siapakah yang akan menjadi juara. Namun Barshim telah menemui comitte dan bertanya bolehkah dia dan Tamberi berkongsi kemenangan di tempat pertama.

 

Cadangannya untuk berkongsi kemenangan itu, telah dipersetujui oleh pihak penganjur. Ini membuatkan mereka berdua bersorak kegembiraan. Apabila ditanya kepada Barshim kenapa dia menawarkan berkongsi emas dengan Tamberi, Barshim menjawab: “For me, coming here, I know for a fact that for the performance I did, I deserve that gold. He did the same thing. So, I know he (also) deserves that Gold.” Peristiwa manis itu meninggalkan kesan positif kepada para peminat sukan seluruh dunia. Mereka berdua telah menerima pujian ramai.

 

Malah ada yang mengatakan, inilah semangat sukan yang sebenar. Kali terakhir berlaku peserta olimpik berkongsi kemenangan di pentas podium ialah pada tahun 1912 di Sweden, apabila dua orang peserta wrestling, Ivar Theodor Böhling dari Finland dan Anders Oscar Ahlgren dari Sweden terikat dengan markah yang sama, tetapi situasi olimpik ketika itu, pihak penganjur memutuskan tiada pemenang pingat emas, hanya kemenangan tempat kedua sahaja. Maka, mereka hanya dianugerahkan pingat perak.

 

Tetapi kali ini keadaan menjadi lebih baik apabila, Barshim dan Tamberi keduanya dianugerahkan tempat pertama dan layak mendapat pingat emas setiap seorang. Sejarah pun tercipta. Mereka berkongsi podium dan saling mengalungkan pingat. Tamberi mengalungkan pingat kepada Barshim dahulu. Kemudian Barshim mengalungkannya pula kepada Tamberi.

 

Momen yang bersejarah itu mengusik hati ramai penonton, membuktikan bahawa ramai manusia yang suka kepada situasi damai dan persahabatan, bukan peperangan dan permusuhan. Tamberi menulis di instagram peribadinya, “We Made History! share with a friend such beautiful moment its the best feeling ever. We past through the worse possible together, we got up together, and now we won together”.

 

Admin instagram olimpik juga meninggalkan komen di ruang komen instagram Barshim, “winning olimpics gold is one thing, but sharing it with your buddy is next level”. Tindakan Barshim ini secara tidak langsung menaikkan imej baik seorang muslim. Jika dilihat pencapaian Barshim sudah tentu lebih mudah baginya untuk memenangi emas. Ini kerana dengan rekod 15 emas, 3 perak dan 2 gangsa di pertandingan besar dunia yang pernah dimenanginya, sudah tentu mudah untuknya mengalahkan Tamberi. Sedangkan pencapaian Tamberi hanya 4 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Tetapi Barshim lebih memilih untuk menamatkan saingan dengan berkongsi kejuaraan.

 

Barshim mengamalkan apa yang Baginda S.A.W sebut:


وبشروا ولا تنفرو ا

 

Dan gembirakanlah jangan biarkan mereka lari darimu.

(Hadis Sahih).

 

Marilah kita terus kuat dan berjiwa besar seperti Barshim dan Tamberi yang saling menguatkan, bukan saling menjatuhkan. Ayuh kita transformasikan sukan dan seluruh kehidupan ke arah kemanusian atau humanity ini.

 

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now