Kisah saingan kumpulan Megadeth dan Metallica.

MEGADETH VS METALLICA

Assalamualaikum.

Pada tahun 1983 Dave Mustaine ditendang keluar daripada Metallica. Sadisnya kejadian tu berlaku beberapa hari sebelum rakaman album pertama Metallica. Dave bengang lalu menubuhkan satu kumpulan yang bernama Megadeth. Rupanya kemarahan Dave terhadap Metallica menyebabkan Megadeth menjadi band Metal yang hebat. Album mereka terjual sebanyak 25 juta unit. Berjaya menganjurkan konsert seluruh dunia. Dinobatkan pula sebagai antara individu penting dalam dunia muzik heavy metal. Tetapi apabila Dave dapat tahu yang Metallica menjual album mereka sebanyak 180 juta unit sedangkan Megadeth hanya dapat menjual 25 juta unit sahaja, Dave jadi kecewa.

Apa sebenarnya masalah Dave ni? Masalah Dave ni, dia suka jadikan Metallica sebagai ukuran kejayaannya. Apabila dia tidak dapat mengatasi Metallica, baginya ia belum mencapai kejayaan. Kalau ikutkan, dia sudah berjaya di mata dunia. Tapi bagi Dave, dia tak berjaya selagi tidak dapat mengalahkan Metallica. Ini menyebabkan ia hidup dalam keadaan suffering. Jadi setting sebegini menyebabkan dia sendiri derita.

Inilah perkara yang jangan kita buat. Iaitu membandingkan kejayaan karier, bisnes dan kehidupan kita dengan pencapaian orang lain. Selagi kita buat demikian kita akan merasakan gagal selamaselamanya. Akhirnya di hujung-hujung, Dave mula berfikir apa guna berlawan dengan Metallica. Tidak ada guna pun sebenarnya.
Dia mula setting balik fikiran dan perasaannya. Lebih baik ia berkawan dengan Metallica dari menjadikan Metallica sebagai musuhnya. Bila Dave dah mula berfikir begitu.

Akhirnya Megadeth boleh sepentas dengan Metallica. Pada masa itu semua pihak untung. Di sini, jadikanlah persaing kita sebagai rakan kita. Ini yang pernah dibuat oleh Steve Job. Ia pernah bergaduh dengan Bill Gates kerana dikatakan Gates meniru perisiannya. Namun akhirnya Job sedar, ia perlu bekerjasama dengan Microsoft untuk mantapkan lagi Apple.

Di sini, ada dua tindakan yang perlu kita buat. Pertama: Jangan bandingkan kejayaan kita dengan orang lain. Nanti kita kecewa. Kedua: Tukar pesaing atau musuh kita sebagai rakan kita.

Sabda Nabi

المُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كالْبُنْيانِ، يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

Mukmin sesama mereka seperti satu binaan yang saling melengkapi
(Hadis Bukhari)

Sebarkan video ini demi membantu rakan-rakan kita lain yang kesedihan kerana suka membuat perbandingan. Semoga mereka diselamatkan. Semoga Allah jadikan anda asbab perubahan.

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now