Kejayaan Wikipedia dan kegagalan Encarta.

WIKIPEDIA VS ENCARTA

Bukan semua orang melakukan sesuatu kerana wang. Bahkan Ada yang melakukan sesuatu kerana kepuasan peribadi dan mereka tetap berjaya. Inilah kisah kejayaan Wikipedia dan kegagalan Encarta.

Assalamualaikum

Sokongan anda dengan link di bawah menyebabkan kami mampu meneruskan usaha perubahan ini. Sharelah video ini demi Islam dan join saya di Telegram ustazzul.id. Terima kasih.

Pada tahun 1993 Microsoft telah mencipta satu ensiklopedia untuk menjadi rujukan umum. Microsoft telah mengupah satu team untuk menyusun ensiklopedia hebat yang bernama Encarta. Cita-cita Microsoft, Encarta akan dapat dijual kepada pengguna dengan memiliki ciri ensiklopedia yang canggih dan terbaik.

Manakala pada tahun 2001 ada satu ensiklopedia bebas yang bernama Wikipedia telah diterbitkan. Konsep Wikipedia adalah ianya diisi oleh mereka yang memiliki ilmu, tetapi tidak dibayar. Matlamat Wikipedia bukan untuk dijual kepada pengguna. Bahkan pengguna boleh menggunakannya secara percuma.

Dari segi cantik dan grafik yang menarik ia dimenangi oleh Encarta. Tetapi dari segi updated informasi dan lebih semasa, Wikipedia berjaya mengalahkan Encarta. Di Amerika pengunjung memilih untuk menggunakan Wikipedia sebanyak 97%. berbanding Encarta. Pada 31 Oktober 2009 Encarta terpaksa memberhentikan perkhidmatan mereka setelah 16 tahun bertahan. Ini kerana ia tidak dapat menyaingi kelebihan yang ada pada Wikipedia. Sudahlah Encarta itu berbayar, tidak dikemaskini dengan cepat dan tidak sepantas Wikipedia dari segi update maklumat terkini.

Di sini membuktikan bukan semua manusia melakukan sesuatu kebaikan adalah untuk mengharapkan balasan kewangan dan kebendaan semata-mata. Bahkan ramai sahaja yang sanggup melakukan sesuatu demi kepuasan diri sendiri dan bertujuan kebaikan. Encarta walaupun para pengisinya dibayar tetapi ianya tidak mampu bertahan. Ini kerana Encarta menghadkan pengisinya kepada individu yang dibayar. Manakala Wikipedia membuka ruang kepada siapa sahaja yang berautoriti untuk menjadi pengisi maklumat.

Oleh kerana sikap wikipedia yang membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang mampu untuk menyumbang terus menyumbang, menjadikan ianya mampu bertahan lama kerana memang akan ada sahaja manusia yang sanggup menyumbang walaupun tidak dibayar.

Di sini, akhirnya memberikan kita gambaran bahawa, ramai manusia lebih mementingkan kepuasan diri dari kewangan. Walaupun pada awalnya seseorang itu melakukan sesuatu demi kewangan. Tetapi lama kelamaan dia akan letih dan bosan kerana hanya mengejar wang. Jika kerjanya itu tidak memenuhi kepuasan dirinya, maka pada suatu masa nanti, dia akan berhenti melakukan hal itu.

Di sini bukanlah kita ingin menafikan betapa pentingnya mencari kewangan. Namun mendapat wang tanpa memenuhi kepuasan diri akan membunuh diri sendiri. Oleh itu jika boleh, buatlah satu perkara yang memberikan kepuasan kepada diri. Pada masa yang sama kegiatan itu juga dapat menjana pendapatan kita.

Ambillah kata-kata Abu Darda:

فَكُن كَمَا شِئتَ ، كَمَا تَدِينُ تُدَانُ

Lakukanlah apa yang kamu suka. Kamu akan perolehi dengan apa yang kamu lakukan. Marilah kita transformasikan hidup kita untuk mencari dan memenuhi kepuasan diri seperti Wikipedia. Pada masa yang sama kita mencari sesuatu yang boleh menjadi pendapatan kita. Ayuh terus kuat demi perubahan.

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now