BISNES WHATSAPP
Bukan semua orang terlibat dalam perniagaan kerana ingin menjadi jutawan. Ada yang bercita-cita mahu melihat hubungan manusia menjadi lebih baik dengan bines yang mereka lakukan. Inilah kisah Whatsapp.
Assalamualaikum
Sejak awal lagi semasa Jan Koum dan Brian Acton mengasaskan aplikasi Whatsapp, mereka tidak bercita-cita pun untuk membuat keuntungan gila-gila. Mereka cuma berharap Whatsapp dapat membantu banyak manusia dalam berhubung secara percuma.
Sebagai pulangan mereka harapkan keuntungan boleh menjadi income yang cukup dan mampu upgrade Whatsapp menjadi lebih baik.
Bagaimana Whatsapp buat duit?
Pada awalnya bagi sesetengah negara untuk download aplikasi ini, Whatsapp kenakan bayaran hanya $1. Manakala bagi negara lain caj $1 dikenakan pada tahun-tahun berikutnya.
Maknanya income Whatsapp adalah yuran $1 setahun bagi setiap pengguna. Rasanya takdak sapa pun perasan yuran $1 tu, sebab murah sangat.
Kata orang seringgit setahun takda hallah nak bayar. Berbanding pada masa itu, kita menggunakan sms yang mengenakan bayaran setiap kali menghantar teks pesanan.
Aplikasi Whatsapp sampai satu masa sudah digunakan oleh 700 juta pengguna seluruh dunia. Dengan itu mereka memperolehi pendapatan $700 juta setahun.
Nampak tak, mereka mampu mencipta keuntungan yang cukup untuk hidup dan membolehkan mereka upgrade Whatsapp.
Koum dan Acton selalu ingatkan diri mereka tujuan mereka cipta whatsapp dengan moto ini: “No ads! No games! No gimmicks!”
“Tidak ada iklan! Tidak ada muslihat! Tidak ada gimik!”
Acton tulis ayat itu dan tampalkan di meja mereka supaya tidak lupa.
Facebook dapat melihat potensi yang ada pada Whatsapp. Maka satu tindakan pantas diambil dengan menawarkan pembelian Whatsapp.
Pada tahun 2014, FB membeli Whatsapp dengan harga $19 billion. Menyebabkann Jan Koum dan Brian Acton menjadi Billionaire.
Yuran $1 pun dihapuskan dari Whatsapp, setelah FB mengambil alih.
Adakah Koum dan Acton gembira setelah menjadi Billionaire?
Rupa-rupanya, menjadi Billionaire ini tidak menggembirakan mereka berdua pun.
Pada penghujung 2017 Brian Acton keluar dari Whatsapp yang dia cipta. Manakala Jan Koum pula meletakkan jawatan pada april 2018 akibat tidak berpuas hati dengan cara FB menguruskan Whatsapp.
Perjuangan mereka berdua sejak mula adalah, Whatsapp bukan medan keuntungan. Dan mereka selalu memastikan data privasi dan kerahsiaan pengguna tetap terjaga. Mereka lihat ini tidak dilakukan oleh FB.
Mereka lebih rela meninggalkan Whatsapp apabila melihat matlamat mereka sudah di ubah.
Inilah contoh perniagaan yang kita mahu. Bukan fikir keuntungan semata-mata, tetapi bagaimana untung itu cukup untuk hidup dan dapat membantu kembali manusia dengan menjadikan dunia tempat lebih baik melalui usaha kita.
Bagi Allah inilah perniagaan yang tiada rugi:
يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُور
Mereka mengharapkan perniagaan yang tidak rugi.
[Fatir(35):29]
Melalui kisah ini, marilah kita transformasikan diri kita untuk lakukan seperti apa yang dilakukan oleh Jan Koum dan Brian Acton berkenaan perniagaan. Terus kuat demi perubahan.
Assalamualaikum.