GENGHIS KHAN
Tahukah anda apakah faktor utama yang menyebabkan Genghis Khan berjaya menakluki Dunia.
Persoalan yang jarang ditanya berkenaan Genghis Khan adalah, kenapa dia mampu menakluki banyak negara padahal asal mereka hanyalah satu masyarakat nomad.
Dalam buku Ego is Enemy. Bab Always Stay a Student Ryan Holiday menceritakan kisah Genghis Khan seorang yang mendakap dan mencintai kemajuan dan tidak menggunakan emosinya untuk menyelesaikan sesuatu. Dia bukan saja mempunyai kecerdasan dalam dunia ketenteraan bahkan seorang yang berjiwa sentiasa belajar.
Kemenangan yang diperolehi adalah hasil dari keupayaannya mengambil teknologi, teknik dan inovasi dari semua bangsa yang disentuh.
Satu keistemewaannya adalah tidak pernah jemu terhadap proses pembelajaran. Di bawah Genghis Khan, orang Mongol sangat dahagakan ilmu dan kebudayaan terbaik dari bangsa lain yang ditakluk.
Walaupun Genghis Khan bukanlah seorang genius sejak lahir. Seorang penulis biografinya berkata, “Dia mempunyai kitaran pembelajaran yang berterusan, dia boleh menyesuaikan diri dengan setiap eksperimen yang dilakukan dan sentiasa menjadikannya bertambah baik. Semua ini didorong oleh keinginan yang kuat dan disiplinnya yang unik untuk terus belajar. Dia lebih terbuka untuk belajar berbanding penakluk lain.
Kemenangan terbesar Khan bermula apabila dia mempelajari strategi perang dari bangsa Turki dengan menyusun pasukan tenteranya kepada 10 batalion. Selepas kerajaannya menjadi besar dia belajar pula teknologi ‘Kota berdinding’. Perkara yang tidak perah diketahui oleh bangsa Mongol. Dalam perang menentang Tangut, Khan pelajari pula strategi memusnahkan kota berbenteng. Dalam masa yang singkat dia mendapat bantuan ahli teknologi Cina untuk mengajar cara membuat mesin peruntuh benteng kota.
Dalam perang menentang Jurcheds, Khan belajar tentang kepentingan memenangi hati dan fikiran rakyat.
Khan berjaya mempertahankan kekuasaannya apabila sentiasa menawarkan kerjasama dengan keluarga di raja di tanah yang mereka jajah itu.
Di setiap bandar yang didudukinya, Khan akan mengumpulkan ahli astronomi, penulis, doktor, pemikir, dan penasihat yang paling bijak dan sesiapa sahaja yang boleh membantu mengembangkan empayarnya.
Apa yang menarik, Kerajaan Mongol sangat terbuka dalam bab kebebasan beragama. Ini disebabkan mereka sangat suka idea berkenaan kepelbagaian budaya.
Orang Mongol-lah yang pertama membawa buah limau ke China. Membawa mi orang Cina ke dunia barat. Memperkenalkan terknologi perlombongan German dan teknologi besi Perancis. Mereka jugalah yang menyebarkan agama Islam.
Kesimpulannya kekuatan sebenar Mongol dan Genghis Khan adalah sanggup membuang ego untuk belajar dari bangsa yang mereka tawan. Kebiasaannya pihak yang menang enggan untuk belajar dari pihak yang kalah kerana ego. Ego benar-benar musuh orang berjaya.
Kita yang sedang mencapai sedikit kejayaan sama ada dalam hidup, ekonomi, politik dan kerjaya ambillah sikap Genghis Khan yang baik ini.
Pertama sentiasa belajar dari pihak lain walaupun dari pihak yang kita berjaya kalahkan. Ini kerana mereka ada kepakaran yang kita tidak ada.
Kedua buanglah sombong bila mendapat sedikit kejayaan. Kerana sombong itu akan membunuh kejayaan kita yang seterusnya.
Ketiga selalulah dahagakan perkara baru demi kekalkan kejayaan kita.
Nabi sendiri mengingatkan kita ada datang kelompok ego yang perlu kita jauhi
سَتَلْقَوْنَ بَعْدِي أَثَرَةً فَاصْبِرُوا
“Sepeninggalku nanti, akan kalian jumpai sikap atsarah yakni ego. Maka bersabarlah.” [HS al-Bukhari].
Ayuh terus bersama Ustaz Pro demi membangunkan potensi diri.
Assalamualaikum.