Kisah Ratan Tata

RATAN TATA

Kisah Ratan Tata tidak menghadiri jemputan Putera Charles kerana anjingnya sakit, buktikan pentingnya untuk mencapai kejayaan tanpa bergantung pada orang lain.

Artikel ‘When Ratan Tata didn’t accept a lifetime achievement award from Prince Charles for his dog,’ di dalam web moneycontrol.com menceritakan satu kisah menarik.

Pada 6 Februari 2018, Putera Charles kini yang sudah menjadi King Charles mahu memberikan anugerah pencapaian seumur hidup kepada Ratan Tata kerana sifat dermawannya. Anugerah tersebut akan berlangsung di Istana Buckingham. Tetapi Tata tidak dapat hadir untuk acara itu. Sebab yang mengejutkan ialah kerana anjingnya sakit.

Seorang kolumnis yang rapat dengan Tata bernama Suhel Seth, mengimbas kembali kejadian tersebut dan dia memuji sikap ahli perniagaan yang sangat dihormati itu. Suhel Seth menceritakan sebab mengapa Ratan terlepas peluang untuk menghadiri acara besar tersebut.

Kata Seth: “Semuanya telah ditetapkan. Ia adalah majlis anugerah di bawah naungan British Asian Trust,”

Seth menyatakan bahawa, dia sudah pun tiba di London pada dua atau tiga Februari untuk menghadiri acara itu.

Semasa sampai di lapangan terbang Heathrow, dia dapati ada sebelas miscall yang datang dari Ratan Tata. Semasa dia menelefon kembali, Tata berkata kepadanya: “Tango dan Tito, yakni anjingnya, salah satu dari keduanya telah jatuh sakit dan dalam keadaan yang sangat teruk. Saya tak boleh tinggalkan dia dan hadir ke sana.”

Terkejut dengan ucapan tersebut, Seth terus memujuk Tata supaya hadir ke acara itu kerana ianya membabitkan Putera Charles. Namun pujukan itu gagal. Tata tetap tidak mahu hadir kerana ingin memastikan anjingnya sembuh terlebih dahulu. Tata bukan saja pencinta haiwan tetapi anjingnya sangat penting dalam hidupnya.

Apabila Putera Charles mengetahui Ratan Tata tidak boleh hadir ke anugerah tersebut disebabkan anjingnya sakit, beliau pun berkata: “That’s a man. That’s the man Ratan is. That’s why the house of Tata is what it is. That’s why it’s on stable course.” Puji Putera Charles dengan sikap Tata itu.

Persoalannya kenapa Tata berani mengambil sikap demikian?

Ini menunjukkan, apabila kejayaan seseorang itu tidak bergantung kepada bantuan dan ihsan pihak lain, menjadikan dia boleh memilih mana yang lebih penting. Ini kerana reputasinya wujud bukan kerana menumpang kejayaan orang lain. Tetapi dibangunkannya atas penat lelah sendiri.

Di dalam britannica.com menyatakan, Ratan Tata adalah ahli perniagaan India dan bekas pengerusi Kumpulan Tata, sebuah syarikat yang berpangkalan di Mumbai.

Setelah memegang jawatan Tata Group, dia secara agresif mengembangkan syarikatnya. Kumpulan itu membeli Tetley Tea yang berpangkalan di London pada 2000, membeli operasi pembuatan trak Daewoo Motors pada 2004, membeli Corus Group pada 2007, membeli Jaguar dan Land Rover pada 2008, dan pada 2009 melancarkan Tata Nano, sebuah kenderaan yang disebut-sebut sebagai “Kereta Rakyat.”

Kejayaannya yang tidak bergantung kepada orang menyebabkan dia mampu berkata tidak apabila ada pertembungan.

Namun ini bukan menunjukkan dia seorang yang sombong tetapi membuktikan sikapnya yang mulia. Lebih menjaga mereka yang ada di sekeliling yang menjadi tanggungjawabnya. Sedangkan anugerah tersebut hanyalah sekadar satu lagi pengiktirafan kepada kejayaannya.

Pengajaran terbaik di sini, ayuh kita bangunkan kejayaan kita dengan kerja keras, bukan bergantung ihsan pihak lain. Ya kerjasama dengan orang lain kita perlu lakukan untuk berjaya.

Firman Allah:

إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذي نَزَّلَ الكِتابَ
“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran). Al-A’raf 196.


Bergantunglah pada Allah. Elakkan bergantung kepada manusia demi kejayaan bermaruah. Ingat bekerjasama dengan pihak lain itu wajib, namun bergantung kepada orang itu, jauhilah.

Ustaz Pro
Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now