Khalid Al-Walid pernah membuat silap?

KISAH KHALID AL-WALID

Khalid al-Walid pernah silap dalam tindakan. Namun kesilapannya itu menyebabkan dia mampu berubah menjadi lebih baik selepas itu. Jom dengar kisah tersebut.

Assalamualaikum.


Dalam satu ekspidisi Nabi telah mengutuskan Khalid al-Walid untuk mengajak Bani Jazimah masuk Islam. Jumlah tentera yang dipimpin oleh Khalid itu adalah seramai 350 orang dan mereka berangkat pada 25 Ramadan tahun 8 hijrah.

Bani Jazimah ini pernah membunuh bapa saudara Khalid yang bernama al-Fakih bin Mughirah dan juga membunuh bapa Abdul Rahman bin Auf.

Semasa Khalid sampai di sana, dia telah mengajak mereka masuk Islam tetapi mereka menjawab dengan perkataan yang tidak jelas iaitu Saba’na Saba’na.

Khalid bin Al Walid tidak memahami jawapan Bani Jazimah itu, kemudian Khalid bertanya lagi, “Mengapa kamu membawa senjata? Adakah kamu hendak berperang?”

Kabilah Bani Jazimah menjawab, “Kami dalam permusuhan dengan orang-orang Arab Badwi di sekitar ini. Kami ingatkan kamu adalah musuh.”

Khalid kemudiannya memerintahkan kabilah Bani Jazimah meletakkan senjata mereka dan terus menawan mereka.

Ketika menjelang waktu Subuh, Khalid memerintahkan supaya tawanan tersebut dibunuh. Tentera dari Bani Sulaim menuruti arahan Khalid.

Manakala tentera Ansar dan Muhajirin membebaskan tawanan tersebut tanpa mentaati arahan Khalid bin Al Walid. Ini kerana mereka tahu tawanan tersebut telah memeluk Islam, tetapi hal tersebut tidak difahami oleh Khalid.

Hal ini disampaikan kepada Rasulullah S.A.W, lalu dengan perasaan duka Baginda bertanya, “Adakah di kalangan kamu ada orang yang membantah tindakan Khalid itu?!!”.

Mereka menjawab, “Ada wahai Rasulullah, Abdullah bin Umar telah membantah tindakan Khalid.”
Mendengar jawapan tersebut, Baginda S.A.W pun berdoa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَبْرَأُ إِلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ خَالِدٌ

“Ya Allah, aku berlepas diri dari apa yang telah dilakukan Khalid .” (Hadis al-Bukhari).

Rasulullah S.A.W tidak setuju dengan tragedi itu. Kemudian Rasulullah pun memerintahkan Ali bin Abi Thalib untuk membetulkan keadaan.

Segala kerosakan dan ganti rugi dilunaskan oleh Ali bin Abi Talib.

Selepas peristiwa itu Abdul Rahman bin Auf menegur tindakan Khalid. Katanya:“Wahai Khalid, hang telah melakukan tindakan jahiliyah dalam Islam.”

Namun Khalid membela tindakannya: “Aku membalas dendam atas kematian ayahmu.”

Jawab Abdul Rahman: “Hang berdusta. Aku telah membunuh pembunuh ayahku dan hang hanyalah membalas dendam atas kematian bapa saudara hang, Al-Fakih bin Al-Mughirah.”

Rasulullah yang mendengar pertengkaran itu pun berkata kepada Khalid:“Pelan-pelan wahai wahai Khalid. Demi Allah, andai engkau memiliki emas sebesar gunung Uhud, lalu engkau menginfakkannya di jalan Allah, nescaya engkau tidak akan mampu menyamai pahala salah seorang sahabatku di pagi atau di petang hari.”

Khalid sedar ia tersilap kali ini. Peristiwa yang terjadi ini akhirnya mengajarnya tentang merendah diri dan mendengar pandangan orang lain. Jangan sombong dan rasa hebat.

Setelah itu Khalid menjadi seorang yang mendengar arahan dan sentiasa menerima pandangan dan tawaduk.

Pengajaran dari kisah ini pasti akan ada kesilapan yang dilakukan tetapi yang paling penting adalah kita membaiki kesilapan yang terjadi dan menjadi lebih baik setelah itu. Inilah yang terjadi kepada Khalid.

Moga kisah ini mentransformasikan diri kita berani membetulkan kesilapan seperti Khalid dan terus kuat demi perubahan.

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now