HUKUM PUASA ORANG PENGSAN
Apakah sah atau tidak puasa orang pengsan?
Dalam al-Inarah Dr Zulkifli Muhammad al-Bakri menjawab persoalan ini.
Sekiranya pengsan berlaku sepanjang hari maka puasa terbatal dan diwajibkan ke atasnya menggantikan balik puasa tersebut. Namun sekiranya pengsan hanya seketika, puasanya tetap sah dan dia tidak perlu untuk menggantikan balik puasa tersebut.
Ini merupakan pandangan jumhur ulama dari Maliki, Syafi’e dan Hanbali. Ini juga pandangan Imam al-Nawawi dalam Raudah al-Talibin (Lihat Raudah al-Talibin, 2/366)
Dan juga pendapat Imam al-Mardawi (Lihat al-Insaf, 3/292 )
Begitu juga pendapat Ibn Qudamah (Lihat al-Mughni, 3/116 )
Fatwa Dar al-Ifta al-Misriyyah juga berpendapat sedemikian.
Justeru seseorang yang pengsan dapat disimpulkan, puasanya dianggap sah jika pengsan itu hanya berlaku seketika, dan tidak perlu baginya untuk qadha puasanya.
Tetapi jika pengsan sepanjang hari, maka puasanya dianggap tidak sah dan wajib baginya untuk qadha kembali puasa tersebut.
Sila Rujuk Al-Inarah #5015: Puasa Orang Pengsan
Konklusi
Hukum puasa orang pengsan.
Menurut Jumhur Ulama
Pengsan sepanjang hari
batal puasa
perlu ganti semula
pengsan seketika
sah puasa
tidak perlu ganti puasa