HUKUM PEGANG PAYUDARA ISTERI SEMASA PUASA
Apakah memegang payudara isteri membatalkan puasa?
Di dalam al-Inarah menyatakan bahawa seorang suami yang menyentuh atau memegang payudara isterinya, hukumnya adalah makruh sekiranya perkara itu menyebabkan syahwatnya terangsang atau dikhuatiri keluarnya air mani, dan tidak mengapa serta tidak makruh jika dia mampu untuk menjaga dirinya daripada hal itu, tidak kira dia seorang lelaki tua mahupun pemuda.
Puasanya tidak terbatal selagi mana tidak keluar air mani. Ini adalah pendapat muktamad dalam mazhab Syafi‘e.
Jika perbuatan itu menyebabkan keluarnya air mani, maka puasanya tidak syak lagi terbatal.
Namun Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa disunatkan orang berpuasa meninggalkan hal-hal yang berkaitan syahwat yang dibolehkan dan tidak membatalkan puasa seperti bersedapan melalui pendengaran, penglihatan, persentuhan, penciuman seperti menghidu bunga, menyentuhnya dan memandangnya.
Hal ini kerana ia termasuk dalam kenikmatan yang tidak sesuai dengan hikmah puasa. Justeru, semuanya ini dihukumkan sebagai makruh, sebagaimana dihukumkan makruh memasuki tempat mandi. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1687).
Rujuk al-Inarah #4185: Memegang Payudara Isteri Membatalkan Puasa.
Konklusi
Hukum orang berpuasa pegang payudara isterinya.
1- Pendapat Muktamad Syafi’iah
Hukumnya makruh jika shahwat terangsang.
Tidak makruh jika syahwat tidak terangsang.
2- Namun batal puasa jika keluar air mani.
3- Namun Dr Wahbah Zuhaili nayatkan elok ditinggalkan demi hikmah berpuasa.