Kevin Reilly Dan John Tiffany Puji Melayu

KEVIN REILLY DAN JOHN TIFFANY

Ketika orang melayu sendiri masih ragu dengan kehebatan mereka, Kevin Reilly dan John Tiffany memuji orang melayu.

Dalam buku Miftah Malayu muka surat 18 hingga 20, Dr Hasanuddin Yusof ada menyatakan, Kevin Reilly telah membuktikan bahawa orang Melayu adalah pelayar yang pertama belayar di lautan luas. Beliau menyatakan seperti berikut :
“Orang Melayu dan Melayu-Polinesia adalah bangsa pertama di dunia yang berlayar di lautan luas dan mereka berlayar jauh sebelum kompas dicipta. Mereka mampu belayar di Lautan Fasifik yang sangat luas dengan melakukan penelitian secara cermat terhadap bintang-bintang, ombak-ombak dan gelombang lautan, bentuk-bentuk awan, pergerakan-pergerakan burung dan ikan serta tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam laut. Mereka juga mampu untuk mengesan pulau-pulau sejauh 30 batu dari kedudukan mereka. Sebahagian dari mereka belayar ke Lautan Hindi hingga ke pesisir pantai Afrika Timur.”

Pelayar-pelayar Melayu juga merupakan pencetus jalan laut yang terawal di antara India dan China. Walaupun ketika di zaman kemasyhuran jalan sutera di daratan, pelayar-pelayar Melayu telah menemui cara belayar menggunakan angin monsun dari selatan India ke China melalui selat Melaka.

Pelayar-pelayar Melayu juga telah menghubungkan produk-produk dari timur Afrika dan rempah-rempah dari kepulauan Nusantara ke dalam perdagangan di lautan India.

Manakala John Tiffany memperihalkan tentang kepakaran orang-orang Melayu dalam bidang pelayaran seperti berikut:-

Mungkin orang Melayu wajar juga dianggap sebagai ‘Kaum Viking Timur’. Ini kerana pada diri mereka terdapat kemahiran membina kapal, dikenali sebagai pelaut dan pelayar terbilang, begitu mesra dan biasa dengan air seperti ikan dan pernah menakluki sebahagian besar bumi ini sebelum ditemui oleh orang Eropah.

Sebagai pelayar terbilang dan pedagang hebat, pelaut ini mempunyai kemahiran ‘navigasi-psyco’ bagi membolehkan mereka mencari jalan di samudera yang luas hanya dengan menggunakan deria semula jadi. Pada suatu ketika, sewaktu orang Eropah masih melakukan pelayaran menggunakan perahu-perahu kecil primitif, orang Melayu telah pun memiliki kapal-kapal terbesar di dunia.

Cukup-cukuplah menghina bangsa sendiri di kala orang lain melihat kemampuan kita. Ayuh kembalikan semula kehebatan kita dalam perniagaan, teknologi dan penerokaan ke alam yang lebih luas.

Bangunkan semula kekuatan kita melalui Islam seperti Firman Allah:

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا
Siapa yang mahukan kemuliaan maka kemuliaan hanya milik Allah seluruhnya. [Fatir(35):10]

Ustaz Pro, sebagai wadah pengubah minda, jiwa dan usaha kita menjadi khalifah. Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now