MELAYU PENGKHIANAT
Inilah kisah pengkhianatan orang melayu sendiri terhadap bangsa, agama dan tanah air yang pernah terjadi dalam sejarah.
Assalamualaikum
Dr. Hasanuddin Yusof pernah menceritakan dalam catatannya berkenaan pengkhianatan orang melayu kepada perjuangan bangsa, agama dan negara. Ini antaranya:
1) Semasa Portugis menyerang Melaka 1511, beberapa pembesar Kesultanan Melaka yang membocorkan rahsia pertahanan Melaka kepada Portugis. Mereka juga menghulurkan bantuan-bantuan lain kepada Portugis.
2) Ketika Sultan Iskandar Muda merancang untuk menyerang secara besar-besaran ke atas Portugis di Melaka pada tahun 1629, salah seorang menantu baginda sendiri telah membelot. Beliau secara senyap telah pergi ke Melaka untuk memberitahu Portugis tentang rancangan serangan Aceh itu.
3) Pada tahun 1629 itu juga, ketika angkatan tentera Aceh hampir berjaya merampas Kota Melaka dari Portugis di mana angkatan tentera Aceh sudah berjaya mengepong tentera Portugis yang terperangkap dalam kubu A Famosa itu selama lima bulan sehingga menyebabkan Portugis kebuluran. Namun terdapat sejumlah orang-orang Melayu yang menghulurkan bantuan kepada Portugis dengan menyerang angkatan tentera Aceh. Malah ada yang melaporkan kejadian ini kepada Portugis di Goa dengan harapan agar diutuskan bantuan ke atas Portugis di Melaka.
Pelik bukan bangsa melayu mengkhianat tanah airnya.
4) Pada tahun 1784, ketika Raja Haji Fisabilillah dari Riau dan Sultan Ibrahim dari Selangor hampir berjaya merampas Kota Melaka dari Belanda di mana angkatan tentera Riau-Selangor berjaya mengepung Kota Melaka, maka beberapa orang raja dari kerajaan-kerajaan di Alam Melayu dan angkatan tentera mereka datang menghulurkan bantuan kepada Belanda.
5) Ketika Diponegoro memimpin perang jihad menentang Belanda dalam Perang Jawa pada tahun 1825-1830, beberapa bangsawan tempatan telah menjadi mata-mata Belanda bagi menewaskan angkatan perang Diponegoro.
7) Menurut At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Tengku Ya’akob iaitu Raja Muda Kedah bersama para pengikutnya telah mengkhianati kerajaan Kedah di mana beliau dan para pengikutnya telah mengadap Raja Ligor iaitu Chao Phya Nongkon Sri Tamrat lalu membocorkan rahsia pertahanan kerajaan Kedah kepada Raja Ligor itu. Tengku Ya’akob juga telah mengemukakan kepada Raja Ligor itu beberapa cara yang mudah untuk menakluki kerajaan Kedah. Oleh itu, Siam pun dapat menakluki Kedah melalui Ligor dalam Perang Kedah-Siam 1821- 1842.
Sejarah pengkhianatan ini pasti akan berulang lagi di zaman kita ini. Para pengkhianat ini pasti sanggup membantu musuh untuk kepentingan mereka dan menghancurkan Islam.
Persoalannya kini, kita ingin menjadi yang mana? Menjadi pengkhianat, yang sanggup bersekongkol dengan musuh. Atau terus tetap istiqamah menjaga kekuatan kita. Jika kita istiqamah sebagai penjaga amanah, Allah akan menjaga kita. Pilihan di tangan kita.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang yang beriman jangan khianati Allah dan Rasul dan khianati amanah kamu sedangkan kamu mengetahui [al-Anfal:(8)27]
Ayuh transformasikan diri kita untuk terus kuat menjadi penjaga amanah dan bukan menjadi pengkhianat banga agama dan negara.
Assalamualaikum.