Franze Reichelt

Hati-hati dengan keyakinan yang tidak berpijak pada kenyataan. Keyakinan tanpa asas yang kukuh pasti membunuh. Inilah kisah Franz Reichelt pembuat baju paracut
yang mati kerana yakin dengan hasil ciptaannya. Jom dengarkan kisahnya.

 

Assalamualaikum


Hari ini ada yang yakin bahawa dia tidak akan terkena covid walaupun dia tidak pakai mask. Ada yang yakin dia kebal dan tak lut walaupun ditetak. Ini dipanggil
gila pada keyakinan. Inilah keyakinan yang dipegang oleh Franz Reichelt. Apabila Aero Club Perancis menawarkan 10 ribu Franc bagi siapa yang mampu untuk membuat payung terjun yang boleh menyelamatkan
juruterbang jika ada kecelakaan.


Reichelt pun membuat satu rekaan baju tebal yang menutupi seluruh badan dan memiliki perlindung tengkuk. Berat baju itu 20 pound dan memiliki luas permukaan sekitar 340 kaki persegi. Reichelt telah membuat beberapa kali terjunan dari tingkat lima apartment
dengan mengunankan baju itu.


Tetapi percubaan itu gagal. Walaupun percubaannya gagal berkali-kali dia tetap
mengemukakan permohonan dari Jabatan Polis Paris untuk terjun dari Eiffel Tower bagi mencuba baju paracutnya itu. Setelah mendapat kebenaran, dia telah mewar-warkan kepada wartawan dan orang ramai
bahawa dia akan membuat terjunan dari Eiffel Tower pada pukul 8 pagi pada 4 febuari 1912.

 

Semasa hari kejadian, Reichelt telah siap mengenakan pakaian terjunnya. Para penonton pun sudah ramai berkumpul di Menara Eiffel. Telah disetkan dua kamera untuk merakamkan moment itu. Satu dari atas dan satu lagi di bawah. Orang ramai jadi terkejut kerana ini bukan percubaan
menggunakan boneka patung. Tetapi adalah lompatan yang akan dilakukan sendiri oleh Reichelt.

 

Akibatnya pengawal tidak membenarkan terjunan itu dilakukan kerana bahaya. Orang ramai dan wartawan juga menasihatinya supaya jangan meneruskan terjunan itu. Tetapi Reichelt tetap berkeras mahu mencubanya juga. Dia yakin dia
akan selamat.

 

Setelah dia meyakinkan semua orang, Reichelt pun naik ke tangga dan berhenti di tengah tangga dengan membuat ucapan kepada penonton dengan A bientot!

 

(Jumpa lagi).

 

Dia kemudian terus naik ke dek pertama menara. Ketika kamera merakam dan orang ramai berteriak kepadanya untuk
berhenti, dia terus yakin dan naik di atas kerusi yang diletakkan di atas meja berdekatan dengan pagar. Pada masa itu dia nampak sedikit ragu.


Orang ramai masih berteriak di bawah suruh dia fikrkan semula apa yang dilakukannya. Reichelt terus menguatkan dirinya, dan pada pukul 8.22 pagi, dia pun
melompat. Baju Reichelt langsung tak membantunya menahan hentakkan. Dia terus jatuh dari ketinggian 200 kaki. Berlaku hentakan yang membentuk lubang
sebesar enam inci.

 

Tulang belakang dan tengkoraknya
hancur. Padahal dua hari lepas, seorang
warga Amerika telah berjaya terjun dari ketinggian 225 kaki di Statut of Liberty hanya, dengan menggunakan beg galas paracut. Di sinilah memberikan kefahaman kepada kita, keyakinan saja tidak cukup tanpa persediaan rapi dan
usaha gigih untuk mengatasi dulu seluruh masalah yang timbul.

 

Kesilapan Reichelt adalah, dia belum dapat membuktikan kejayaann kajiannya. Tetapi dia terus berpegang dengan yakin bahawa dia akan berjaya. Ini dipanggil keyakinan fantasi. Inilah perkara yang kita ingin elak
dalam hidup kita kini. Yakin dengan tidak didasari asas kukuh. Ada orang melabur dalam satu pelaburan yakin dia akan untung.


Bila ditanya macam mana dia tahu dia akan untung. Jawapanya saya yakin. Hati saya yakin. Tanpa di dasari fakta atau bukti. Janganlah jadi seperti anak nabi
Nuh yang yakin dia akan selamat dari karam katanya:


قَالَ سَآوِي إِلَىٰ جَبَلٍ يَعْصِمُنِي مِنَ الْمَاءِ

 

Aku akan pergi ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku.

 

(Hud 43).

 

Akhirnya dia karam. Inilah keyakinan palsu. Ayuh transformasikan diri kita dari
berpegang dengan keyakinan gila seperti ini. Belajar bezakan keyakinan yang berasas, dengan keyakinan membabi buta. Jom terus kuat demi Islam.

 

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now