HUKUM TIDUR SELEPAS SUBUH
Apakah hukum tidur selepas subuh?
Tidak ada larangan dari syarak untuk tidur selepas subuh.
Bahkan Imam Ibnu Abi Syaibah dalam kitab al-Mushannaf menyebutkan bahwa Aisyah, Ummu Salamah, Ibnu Sirin, Said bin Jubair, dan Shuhaib, mereka tidur setelah subuh.
[Imam Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf. no. 259589 dan
259613]
Namun ada sebahagian salaf memakruhkan perbuatan ini seperti yang dikatakan oleh Urwah bin Zubair
كَانَ الزُّبَيْرُ يَنْهَى بَنِيهِ عَنْ التَّصَبُّحِ ( وَهُوَ النّوْمُ فِي الصّبَاحِ )
“Zubair (bin Awwam) melarang anaknya untuk tidur setelah subuh.”
[Imam Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf, no. 25951]
Ini semua lebih berkaitan berkenaan, keberkatan rezeki adalah pada waktu pagi. Seperti yang disabdakan Nabi:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
“Ya Allah, berkatilah umatku pada pagi harinya.”
[Hadis Hasan Tirimizi no 1212]
Atas faktor inilah Ibnu Qayyim menyebut:
نَوْمُ الصُّبْحَةِ يَمْنَعُ الرِّزْقَ لِأَنَّ ذَلِكَ وَقْتٌ تُطْلَبُ فِيهِ الْخَلِيقَةُ أَرْزَاقَهَا وَهُوَ وَقْتُ قِسْمَةِ الْأَرْزَاقِ فَنَوْمُهُ حِرْمَانٌ إِلَّا لِعَارِضٍ أَوْ ضَرُورَةٍ
“Tidur pagi itu menghalangi rezeki kerana itulah saat rezeki makhluk sedang dicari, dan itulah saat rezeki sedang dibahagikan. Oleh kerana itu, tidur pada waktu itu boleh mencegahnya (rezeki), kecuali (tidur kerana) keperluan dan darurat.”
[Imam Ibnu al-Qayyim, Zadul Ma’ad, 4/242]
Kesimpulannya tidak ada larangan syarak untuk tidur selepas subuh walaupun bukan kerana keperluan dan bukan sebab darurat. Ini dilakukan oleh sebahagian sahabat Nabi.
Namun ada ulama dan sahabat Nabi yang memakruhkannya kerana subuh dikaitkan dengan keberkatan rezeki.
Oleh itu siapa yang memerlukan rehat selepas subuh dengan tidur maka tidak mengapa dia tidur pada waktu itu kerana keperluan.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
Sumber:
Fiqih Praktis Sehari-Hari
FARID NUI’MAN HASAN (203-205)