HUKUM MENERIMA SEDEKAH DARI WANG RIBA DAN JUDI
Apakah hukum menerima pemberian dari sumber haram seperti riba dan judi?
Hukumnya harus menerima dan memakan pemberian tersebut.
Dalilnya dari Ibnu Mas’ud. Beliau pernah ditanya:
أَنَّهُ سُئِلَ عَمَّنْ لَهُ جَارٌ يَأْكُلُ الرِّبَا عَلَانِيَةً وَلَا يَتَحَرَّجُ مِنْ مَالٍ خَبِيثٍ يَأْخُذُهُ
Beliau ditanya, oleh satu pihak berkenaan dengan jiran yang makan riba dan tidak rasa bersalah dengan perbuatan itu.
يَدَعُوهُ إِلَى طَعَامِهِ،
Kemudian jiran itu menjemput pihak tersebut untuk makan.
Maka Ibn Mas’ud menjawab:
أَجِيبُوهُ فَإِنَّمَا الْمَهْنَأُ لَكُمْ وَالْوِزْرُ عَلَيْهِ
“Penuhilah panggilannya, kerana jemputan itu halal untuk kamu dan kesalahan riba itu ditanggung olehnya.
(Rujuk Jami’ al-‘Ulum 201/1)
Terdapat satu kaedah fiqh yang menyatakan:
تَبَدُّلُ سَبَبِ الْمُـلْكِ قَائِمٌ مَقَامَ تَبَدُّلِ الذَّاتِ
Perpindahan milikan akan mengakibatkan perubahan pada ain tersebut.
(Rujuk al-Qawa’id al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba’ah 527/1)
Mufti Wilayah menyatakan, bahawa kaedah ini menjelaskan harta atau duit pemberian (dari ain yang) sama, hukumnya akan berubah menjadi halal dan harus kerana berlakunya pertukaran pemilikan (harta tersebut) kepada orang lain.
Seperti seorang yang memperoleh harta secara haram seperti riba atau judi, lalu dia menyerahkan kepada orang lain harta haram tersebut, melalui sedekah atau hadiah maka harta haram itu, akan menjadi halal bagi orang yang menerima tersebut.
Ustaz Pro
Assalamualaikum.
IRSYAD HUKUM SIRI KE-570: HUKUM MENERIMA DUIT RAYA DARIPADA KAKI JUDI