Hukum Sudu Yang Digunakan Non Muslim

HUKUM SUDU YANG DIGUNAKAN NON MUSLIM.

Apakah hukum kita menggunakan sudu yang pernah digunakan non muslim di kedai makan?

Persoalan ini pernah dijawab oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor:

Adapun, berkenaan penggunaan bekas seperti pinggan atau sudu yang digunakan oleh orang bukan Islam di kedai-kedai makanan, maka Islam menggalakkan membasuhnya dan selepas itu (boleh) digunakan.

Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Tha’labah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

فَاغْسِلُوْاهَا وَكُلُوا فِيْهَا

Maksudnya : “Basuhlah bekas tersebut dan makanlah dengannya”
(Riwayat al-Bukhari)

والله أعلم بالصواب

emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=2375


Hadis di atas adalah kisah Abu Tha’labah al-Khusyani yang pernah berada di daerah ahli kitab. Beliau bertanya kepada Nabi

قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّا بِأَرْضِ أَهْلِ كِتَابٍ، أَفَنَأْكُلُ فِي آنِيَتِهِمْ؟

Wahai Rasulullah, kami berada di negeri Ahli al-Kitab, bolehkah kami makan dalam bekas mereka?

قَالَ: “لَا تَأْكُلُوا فِيهَا، إِلَّا أَنْ لَا تَجِدُوا غَيْرَهَا، فَاغْسِلُوهَا، وَكُلُوا فِيهَا.”
Baginda menjawab: “Jangan makan daripadanya, kecuali jika kamu tidak menjumpai selainnya. Maka basuhlah ia, dan makanlah daripadanya.


Sahih al-Bukhari, 547 / Sahih Muslim, 1930


Oleh itu hukum menggunakan sudu atau bekas yang pernah digunakan oleh non muslim adalah harus setelah di basuh sahaja dan tidak perlu untuk sertu atau samak berdasar panduan dari hadis Nabi

Ustaz Pro
Assalamualaikum

SUMBER

emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=2375

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now