HUKUM AYAM YANG TIDAK PASTI SEMBELIHANNYA.
Apakah hukum makan ayam yang tidak pasti status sembelihannya?
Telah sabit dalam Sahih al-Bukhari daripada Aishah RA bahawa satu kaum telah datang kepada Nabi SAW lalu mereka berkata:
إِنَّ قَوْمًا يَأْتُونَنَا بِلَحْمٍ، لَا نَدْرِي ذُكِرَ اسْمُ اللهِ عَلَيْهِ أَمْ لَا؟
Sesungguhnya ada satu kaum datang kepada kami membawa daging, tetapi kami tidak tahu adakah nama Allah disebut ke atasnya atau tidak?
Baginda bersabda:
سَمُّوا أَنْتُمْ وَكُلُوا،
“Kamu sebutlah (nama Allah), kemudian makanlah.”
وَكَانُوا حَدِيثَ عَهْدٍ بِالْكُفْرِ.
Dan mereka itu (yakni tukang sembelih) adalah orang-orang yang baru masuk Islam.
Di dalam الإِسْلَامُ سُؤَالٌ وَجَوَابٌ menjelaskan
فَإِنْ جَاءَنَا لَحْمٌ مَذْبُوحٌ مِنْ مُسْلِمٍ أَوْ مِنْ يَهُودِيٍّ أَوْ نَصْرَانِيٍّ، لَا نَسْأَلُ عَنْهُ،
Maka jika sampai kepada kita daging yang disembelih oleh seorang Muslim atau oleh orang Yahudi atau Nasrani, kita tidak dituntut untuk bertanya mengenainya.
لَا نَقُولُ: كَيْفَ ذَبَحَ، وَلَا هَلْ سَمَّى عَلَيْهِ أَوْ لَا؟
“Kita tidak perlu bertanya: Bagaimana dia menyembelih?, dan adakah dia menyebut nama Allah ke atasnya atau tidak?
فَهُوَ حَلَالٌ مَا لَمْ تَقُمْ بَيِّنَةٌ عَلَى أَنَّهُ حَرَامٌ،
Maka ia adalah halal selagi tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa ia haram.
وَهَذَا مِنْ تَيْسِيرِ اللهِ.
Dan ini adalah daripada kemudahan (rahmat) Allah.”
Apa yang menarik kata mereka lagi:
أَنَّ الْفِعْلَ الصَّادِرَ مِنْ أَهْلِهِ،
Apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh orang yang layak yakni ahlinya
الْأَصْلُ فِيهِ الصِّحَّةُ وَالنَّفَاذُ،
maka hukum asal bagi perbuatan tersebut adalah dianggap sah,
إِلَّا بِدَلِيلٍ.
selagi tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya.
Ibnu Hazmi juga pernah menyebut:
وَكُلُّ مَا غَابَ عَنَّا مِمَّا ذَكَّاهُ مُسْلِمٌ فَاسِقٌ أَوْ جَاهِلٌ أَوْ كِتَابِيٌّ فَحَلَالٌ أَكْلُهُ.
Ibn Ḥazm berkata: “Setiap (daging haiwan) yang tidak diketahui kita keadaannya, yang telah disembelih sama ada oleh seorang Muslim yang fasiq, atau orang jahil, atau ahli kitab, maka halal untuk dimakannya.”
حكم أكل ذبيحة من لا تعرف عقيدته
Islameb.net
Kesimpulannya selagi tidak dapat dibuktikan bahawa ayam itu di sembelih secara haram dan tidak dapat dibuktikan tukang sembelihnya bukan seorang muslim, maka sebarang keraguan adalah di tolak. Maka ia kembali kepada hukum asalnya yakni harus memakannya.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
SUMBER
ما حكم أكل الدجاج الوطني لمن لا يعلم كيف ذكِّي
https://islamqa.info/ar/answers/40216/
حكم أكل ذبيحة من لا تعرف عقيدته
https://www.islamweb.net/ar/fatwa/128013/