HUKUM MINUM SAMBIL BERDIRI
Apakah hukum minum sambil berdiri?
Pernah dikisahkan berkenaan Saidina Ali:
أَتَى عَلِيٌّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَلَى بَابِ الرَّحْبَةِ فَشَرِبَ قَائِمًا فَقَالَ إِنَّ نَاسًا يَكْرَهُ أَحَدُهُمْ أَنْ يَشْرَبَ وَهُوَ قَائِمٌ وَإِنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ كَمَا رَأَيْتُمُوْنِي فَعَلْتُ
Ali datang ke pintu ar-Rahabah dan dia minum sambil berdiri lalu berkata, “Sesungguhnya, manusia membenci mereka yang minum sambil berdiri. Sesungguhnya, aku melihat Nabi melakukan seperti yang dilihat kalian terhadap perbuatanku.”
Hadis Sahih al-Bukhari no. 5292.
Bahkan dalam hadis hasan sahih Tirmizi menyatakan sahabat melihat Nabi minum berdiri dan duduk.
رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَشْرَبُ قَائِمًا وَقَاعِدًا
Aku melihat Nabi Muhammad minum sambut berdiri dan duduk.
At-Tirmizi no. 1883, hadis hasan sahih.
Namun ada juga hadis sahih yang melarang minum berdiri.
لَا يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ قَائمًا فَمَنْ نَسِىَ فَلْيَسْتَقِئْ
Janganlah salah seorang kalian minum sambil berdiri. Barangsiapa yang lupa maka muntahkanlah.
Hadis Sahih Muslim no. 2026.
Maka apakah panduannya?
Imam Nawawi menjelaskan bahawa, pendapat yang paling kuat adalah, boleh minum sambil berdiri. Namun dengan cara duduk adalah lebih utama kerana ini yang lebih ditekankan dan lebih sering dilakukan Rasulullah saw.
رياض الصالحين
باب بيان جواز الشرب قائما وبيان عن الأكمل والأفضل الشرب قائدا
Maka minum berdiri itu tidak mengapa, namun eloklah kita duduk kerana ianya lebih utama.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
Sumber:
Fiqih Praktis Sehari-Hari
FARID NUI’MAN HASAN (165-171)