HUKUM MAKAN SAMBIL BERBUAL
Apakah hukum makan sambil berbual-bual?
Berbual-bual disaat makan merupakan (Sunnah) Rasulullah. Tidak ada dalil yang melarangnya. Bahkan dilakukan oleh baginda.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللهِ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم سَأَلَ أَهْلَهُ الأُدُمَ فَقَالُوا مَا عِنْدَنَا إلاّ خَلٌّ فَدَعَا بِهِ فَجَعَلَ يَأْكُلُ بِهِ وَيَقُوْلُ نِعْمَ الأُدُمُ الْخـَلُّ نِعْمَ الأُدُمُ الْخـَلُّ
“Dari Jabir bin Abdullah, Nabi saw. bertanya kepada isterinya mengenai lauk lalu, mereka menjawab: ‘Kita tidak memiliki apa-apa, selain cuka?
Nabi menyuruh diambilkan (cuka). Kemudian, baginda makan dengan cuka itu sambil berkata, ‘Sebaik-baik lauk adalah cuka. Sebaik-baik lauk adalah cuka.”
Imam Nawawi menjelaskan,
وَفِيهِ اِسْتِحْبَابُ الْحـَدِيثِ عَلَى الأَكْلِ تَأْنِيسًا لِلْآكِلِينَ
“Hadis ini menunjukkan hal yang disukai (sunnah) berbicara saat makan untuk membangunkan keakraban bersama orang-orang yang sedang makan (yang menyantap sajian).”
Imam an-Nawawi, al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 14/7.
Ibnu al-Qayyim berkata, “Dahulu, Nabi berbicara saat makan seperti dalam hadis cuka. Begitu juga baginda pernah bercakap kepada Amru bin Salamah saat baginda sedang makan:
سَمِّ اللهَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ
Makanlah dengan nama Allah, dan makanlah yang terdekat denganmu.”
Zadul Maad 2/366
Kesimpulannya boleh makan sambil berbincang dan bercakap-cakap tidak ada salahnya. Ini kerana baginda melakukannya beberapa kali, selama tidak bercakap perkara buruk dan dosa.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
Sumber:
Fiqih Praktis Sehari-Hari FARID NUI’MAN HASAN (177-178)