Hukum Makan Minum Dengan Tangan Kiri

Hukum makan minum dengan tangan kiri.
Apakah hukum makan dan minum menggunakan tangan kiri?

Nabi menyuruh kita menggunakan tangan kanan ketika makan dan minum.

إذا أكَلَ أحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ، وإذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمالِهِ، وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ
Jika kalian makan, makanlah dengan tangan kanan. Jika minum-minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dan minum memakai tangan kiri.

Sahih Muslim no 2020

Bahkan ada teguran Nabi terhadap seorang lelaki yang enggan menggunakan tangan kanan.

أَنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ ﷺ بِشِمَالِهِ، فَقَالَ: كُلْ بِيَمِينِكَ، قَالَ: لَا أَسْتَطِيعُ، قَالَ: لاَ اسْتَطَعْتَ، مَا مَنَعَهُ إلّا الْكِبْرُ، قَالَ: فَمَا رَفَعَهاَ إلَى فِيهِ.

“Seorang lelaki makan di samping Rasulullah dengan tangan kirinya. Kemudian, baginda berkata, ‘Makanlah dengan tangan kananmu. Dia menjawab, ‘Aku tidak mampu? Nabi bersabda, ‘Apakah kamu tidak mampu?’ Dia menolak makan dengan tangan kanan kerana sombong. Setelah itu, tangannya tidak boleh sampai ke mulutnya.”

Perbuatan lelaki itu di hadapan Nabi menunjukan dia sombong dan enggan menerima pandangan Nabi.

Ibnu Hajar menyatakan, majoriti Ulama Syafie berpandangan makan menggunakan tangan kanan adalah sunat (الندب).

Imam Nawawi juga menyatakan perkara yang sama.

Namun beliau menyatakan jika dalam keadaan uzur dibolehkan menggunakan tangan kiri.

فَإِنْ كَانَ عُذْرًا يَمْنَعُ الْأَكْلَ وَالشُّرْبَ بِالْيَمِينِ مِنْ مَرَضٍ، أَوْ جِرَاحَةٍ، أَوْ غَيْرِ ذَلِكَ فَلَا كَرَاهَةَ فِي الشِّمَالِ

Namun, jika ada halangan makan dan minum menggunakan tangan kanan, baik kerana sakit, terluka, maupun lain-lain, maka makan dan minum menggunakan tangan kiri sama sekali tidak makruh.”

Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 13/144.

Kesimpulannya jika tidak ada keperluan, makan dan minumlah menggunakan tangan kanan. Namun jika ada keperluan dan keuzuran maka bolehlah makan dan minum menggunakan tangan kiri.

Ustaz Pro
Assalamualaikum
Sumber

islamweb.net
حكم الأكل باليمين والشرب بالشمال واقفا

maktabahalbakri.com
#1119: Hukum Makan Dengan Tangan Kiri

Fiqih Praktis Sehari-Hari
FARID NUI’MAN HASAN (221-223)

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now