HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI
Apakah hukum lelaki memakai inai pada jari tangan dan kaki?
Imam al-Nawawi di dalam al-Majmuk ada menjelaskan hukumnya.
أَمَّا خِضَابُ الْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ بِالْحِنَّاءِ فَمُسْتَحَبٌّ لِلْمُتَزَوِّجَةِ مِنَ النِّسَاءِ ، لِلْأَحَادِيثِ الْمَشْهُورَةِ فِيهِ ،.
Adapun mewarnakan (menghiasi) kedua tangan dan kaki dengan inai, maka hukumnya sunat bagi wanita yang telah berkahwin, berdasarkan hadis-hadis yang masyhur mengenainya.
وَهُوَ حَرَامٌ عَلَى الرِّجَالِ إلَّا لِحَاجَةِ التَّدَاوِي وَنَحْوِهِ
Dan ia haram bagi lelaki kecuali jika ada keperluan perubatan dan seumpamanya.
وَمِنْ الدَّلَائِلِ عَلَى تَحْرِيمِهِ قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ : ” { لَعَنَ اللهُ الْمُتَشَبِّهِينَ بِالنِّسَاءِ مِنَ الرِّجَالِ } “
Antara dalil yang menunjukkan keharamannya ialah sabda Nabi SAW dalam hadis sahih:
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita.”
وَيَدُلُّ عَلَى الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ عَنْ أَنَسٍ : ” { أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَتَزَعْفَرَ الرَّجُلُ} “
Dan juga berdasarkan hadis sahih daripada Anas RA: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang lelaki memakai za’faran.”
وَمَا ذَاكَ إلَّا لِلَوْنِهِ لَا لِرِيحِهِ
“Dan larangan memakai za’faran itu tidak lain hanyalah kerana warnanya, bukan kerana baunya,
فَإِنَّ رِيحَ الطِّيبِ لِلرِّجَالِ مَحْبُوبٌ وَالْحِنَّاءُ فِي هَذَا كَالزَّعْفَرَانِ .
kerana bau harum (wangian) adalah sesuatu yang disukai bagi lelaki. Maka inai dalam hal ini adalah sama hukumnya seperti za‘farān.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Imam al-Nawawi sangat tegas dalam masalah lelaki memakai inai hingga menyatakan hukumnya haram kerana baginya itu menyerupai wanita yang dilarang syarak.
Oleh itu kesimpulannya seperti yang disebut oleh
IRSYAD HUKUM KE-157: dalam tajuk HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI menyatakan:
Kami cenderung mengatakan bahawa tidak dibenarkan bagi lelaki untuk mengenakan inai pada kedua tangan atau kaki mereka. Ini kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita.
Oleh itu, tidak boleh bagi lelaki untuk berinai sama ada bagi tujuan perkahwinan ataupun selainnya atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.
Adapun bagi lelaki untuk mengenakan inai pada rambut, maka hal yang demikian itu tiada masalah. Ini kerana terdapat hadis yang membenarkannya. Wallahu a’lam.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
SUMBER
المجموع شرح المهذَّب كتاب الطهارة 1/337
IRSYAD HUKUM KE-157: HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI