HUKUM MENYENTUH KEMALUAN TANPA BERLAPIK.
Apakah menyentuh kemaluan dengan tapak tangan tanpa berlapik membatalkan wudhu’?
Majoriti ulama menyatakan batal wudhu’ dengan berbuat demikian. Ini kerana, ada hadis sahih dari Busrah binti Safwan yang menjelaskannya.
مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلَا يُصَلِّ حَتَّى يَتَوَضَّأَ.
Barangsiapa yang menyentuh kemaluannya maka janganlah dia solat sehingga dia berwudhu’.
At-Tirmizi no. 82 (hasan sahih)
Manakala hadis yang paling jelas adalah hadis dari Abu Hurairah, Sabda Nabi:
مَنْ أَفْضَى بِيَدِهِ إلَى ذَكَرِهِ لَيْسَ دُوْنَهُ سِتْرٌ فَقَدْ وَجَبَ عَلَيْهِ الوُضُوْءُ
Siapa yang menyentuh kemaluannya tanpa kain yang berlapik maka dia wajib berwudhu’.
حسن، أخرجه أحمد (٨٤٠٤)
Syeikh Abdurrahman al-Jaziri mengatakan, “Telah ijma’ (yakni telah sepakat) tiga orang imam bahawa menyentuh kemaluan membatalkan wudhu’, hanya Hanafiyah yang menyelisihnya (dengan mengambil pandangan tidak batal wudhu’).
Pendapat Hanafiyah menyatakan tidak batal wuduk dengan menyentuh kemaluan.
Mereka berhujah dengan satu hadis.
يَا نَبِيَّ اللهِ مَا تَرَى فِي مَسِّ الرَّجُلِ ذَكَرَهُ بَعْدَماَ تَوَضَّأَ فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ هَلْ هُوَ إِلَّا بَضْعَةٌ مِنْكَ أوْ مُضْغَةٌ مِنْكَ
Wahai Nabiyallah apa pendapatmu tentang seorang yang menyentuh kemaluannya setelah berwudhu’. Maka Nabi menjawab “Bukankah itu adalah sebahagian dari dirimu sendiri, atau sepotong daging dari dirimu?”
الطحاوي، شرح معاني الآثار (١/٧٦) • صحيح
Hadis ini dijelaskan oleh ألدُّرَرُ السَّنِيَّةُ
وَهَذَا بَيَانٌ أَنَّ مَسَّهُ لِلذَّكَرِ لَيْسَ بِنَاقِضٍ لِلْوُضُوْءِ.
(Hadis) ini menjelaskan bahawa menyentuh zakar tidak batal wuduk.
Namun Imam Malik dan Ahmad menyatakan hadis ini dinasakhkan (dibatalkan) dengan hadis
مَن مسَّ ذكَرَه فليتوضَّأْ (siapa yang menyentuh zakarnya maka hendaklah berwudhu’).
dorar.net/hadith/sharh/35068#
Oleh itu, kedua-dua pandangan ini mempunyai hujah dan dalil dari hadis Nabi.
Namun sebagai solusi, kita mengambil pandangan wajib mengambil wudhu’ apabila menyentuh kemaluan. Ini sebagai langkah ihtiyat (hati-hati). Ini adalah lebih baik bahkan itulah pegangan ulama Syafi’i selama mana kita tidak ada keperluan mengambil pandangan lain.
Ustaz Pro
Assalamualaikum.
SUMBER
MAKTABAH AL-BAKRI #1122: Hukum Menyentuh Kemaluan Sendiri Selepas Wudhu’
Fiqih Praktis Sehari-Hari
FARID NUI’MAN HASAN (280-283)