HUKUM KENCING SAMBIL BERDIRI?
Hukum kencing dalam keadaan berdiri?
Rasulullah tidak melarang perbuatan tersebut, bahkan para sahabat melakukannya.
Imam Ibnu Hajar berkata:
“Telah sahih dari Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, dan selain mereka bahawa mereka kencing sambil berdiri. Ini merupakan dalil dibolehkan hal itu dan tidak makruh jika aman dari percikannya. Tidak ada (hadis) yang sahih dari Nabi melarang hal itu sedikit pun.”
Sila rujuk Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 1/330.
Bahkan Rasulullah saw juga pernah kencing sambil berdiri. Hadis Hudzaifah membuktikan:
لقَدْ أَتَى النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ سُبَاطَةَ قَوْمٍ، فَبَالَ قَائِمًا.
“Nabi mendatangi tempat pembuangan sampah milik satu kaum lalu baginda kencing sambil berdiri.
Hadis Shahihihain ini, menjadi bukti Rasulullah pernah kencing berdiri.
Namun ada ulama yang memakruhkan nya seperti Ibnu Mas’ud, asy-Sya’bi, dan Ibrahim bin Sa’ad. Ini yang dikata Imam Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 3/166.
Kesimpulannya
Kencing berdiri dan duduk adalah dari Rasulullah saw. Ini boleh dilakukan jika aman dari percikan najis. Namun begitu lebih baik kencing dalam duduk demi menjaga akhlak.
Ustaz Pro
Assalamualaikum.
Sumber: Buku FIQIH PRAKTIS SEHARI HARI – FARID NUMAN HASAN ms 145-154.