HUKUM BERSENTUH SUAMI ISTERI BATAL WUDHU?
Adakah bersentuh suami isteri tanpa berlapik, membatalkan wudhu?
Persoalan ini telah dijawab oleh:
مَرْكَزُ الْأَزْهَارِ الْعَالَمِيّ لِلْفَتْوَى الْإِلِكْتِرُونِيَّةِ
Dalam tajuk:
هَلْ لَمسُ الزَّوْجَةِ يَنْقُضُ الْوُضُوءَ؟
Adakah menyentuh isteri batal wudhu?
Kata al-Azhar ini adalah masalah khilaf yang berpanjangan di kalangan ulama’.
Semuanya berpunca dari perbezaan terhadap tafsiran ayat
(أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ) jika menyentuh wanita (maka batal wuduk). Ini adalah ayat dalam surah al-Nisa’ 43.
Kata Al-Azhar lagi:
فَذَهَبَ الْإِمَامُ أَبُو حَنِيفَة إِلَى أَنَّ اللَّمْسَ هُنَا بِمَعْنَى الْجِمَاعِ
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa makna sentuh di sini membawa erti jimak.
Mereka berhujah dengan satu hadis Nabi dari Aishah:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ ﷺ قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
Bahawa Rasulullah mencium sebahagian isterinya kemudian baginda keluar solat tanpa berwudhuk.
Riwayat Ahmad – 24584
Isnad Sahih menurut Syu’aib
al-Arna’uth
Abu Hanifah berpendapat tidak membatalkan wudhu’sekadar bersentuh secara biasa.
Imam Syafie pula berpendapat maksud (اللمس) yakni menyentuh adalah sentuhan secara langsung. Maka menyentuh isteri membatalkan wudhu’ sama ada bersentuh dengan shahwat atau pun tidak.
Dalil mereka adalah ayat (أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ) ayat ini secara zahir menunjukkan sentuh wanita membatalkan wudhu’.
Manakala Imam Malik dan Imam
Ahmad bin Hambal mereka menyatakan jika sentuh dengan syahwat batal wudhu’ dan tanpa syahwat tidak batal wudhu’.
Hujah mereka adalah Hadis Aishah:
Aku biasa tidur di hadapan Rasulullah ﷺ, sedangkan kedua kakiku berada di arah kiblat baginda.
فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ
Apabila baginda sujud maka dia meraba (dengan ujung jarinya) akan kakiku lalu aku menarik kedua kakiku.
Apabila baginda berdiri, aku menjulurkan kedua kakiku kembali.” Aishah berkata lagi,
وَالْبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ
“Ketika itu rumah tersebut tidak ada lampu.”
Oleh itu, al-Azhar memilih pendapat bahawa suami yang menyentuh isterinya dengan syahwat batal wudhu’.
أَمَّا مُجَرَّدُ اللَّمْسِ بِغَيْرِ شَهْوَةٍ وَلَا تَلَذُّذٍ فَلَا يَنْقُضُ الْوُضُوء.
Adapun semata-mata sentuhan tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu’.
Kesimpulannya:
Kita berpegang dengan pendapat mazhab al-Syafi‘i yakni, bersentuhan antara suami dan isteri membatalkan wuduk
Namun dalam keadaan mendesak kadang kita boleh memakai pendapat tidak batal wudhu’ kerana keperluan. Ini seperti apabila berlaku kesukaran bagi suami isteri, untuk berwuduk semula setelah bersentuh. Selagi mana sentuhan yang berlaku tidak bertujuan syahwat.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
SUMBER:
•www.azhar.eg هل لمس الزوجة ينقض الوضوء
•AL-KAFI #1118 ADAKAH BATAL WUDUK SEKIRANYA SUAMI BERSENTUHAN DENGAN ISTERI