Apakah status air liur ketika tidur? Adakah suci atau dikira najis?
Air liur yang keluar ketika seseorang sedang tidur tidak dianggap najis selagi ia benar- benar keluar dari mulut, bukan dari perut atau lambung.
Imam al-Hathab berkata:
إِنْ كَانَ مِنَ الْفَمِ فَهُوَ طَاهِرٌ، وَ إِنْ كَانَ مِنَ
الم ْ َع ِ دَةِ، فَكَذَا قَال َ التُّورِي ُّ : إِنْ تَغَيَّرَ فَهُوَ نَجِس ٌ ،
وَ إِلا َّ فَهُوَ طَاهِرٌ
Maksudnya: “Jika (air liur itu) keluar dari mulut, maka ia adalah suci. Tetapi jika ia keluar dari perut seperti yang disebut oleh Imam at-Turri jika ia telah berubah (warna atau bau) maka ia adalah najis. Jika tidak berubah, maka ia masih suci.”
Penjelasan ulama kontemporari, Syeikh Abdullah al-Faqih menjelaskan:
وَاللُّعَاب ُ الْخَارِجُ مِنْ فَمِ النَّائِمِ مِنَ الْكِبَارِ أَوِ
الص ِّ غَارِ يُنْظَرُ فِيهِ، فَإِنْ كَانَ خَارِج ً ا مِنَ الْفَمِ فَهُوَ
لُعَاب ٌ طَاهِرٌ،
Maksudnya: “Air (liur) yang keluar dari mulut ketika tidur, sama ada dari mulut orang dewasa mahupun kanak-kanak, perlu diperhatikan terlebih dahulu. Jika ia keluar dari mulut, maka itu adalah air liur yang suci.
وَ إِنْ كَانَ خَارِج ً ا مِنَ الم ْ َع ِ دَةِ فَهُوَ نَجِس ٌ ،
Jika ia keluar dari perut (lambung), maka ia adalah najis.
وَتُم َ يَّزُ الْخَارِجُ مِنَ الم ْ َع ِ دَةِ بِكَوْنِهِ أَص ْ فَرَ وَلَهُ رَائِح َ ةٌ
كَرِيهَةٌ
Tanda bahawa ia keluar dari lambung ialah warnanya kekuningan dan berbau busuk.”
Kesimpulan
Air liur yang keluar dari mulut ketika tidur adalah suci. Namun, jika ia keluar dari rongga perut atau lambung maka ia najis.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
Sumber:
[1]: Imam al-Hathab, Mawāhib al-Jalīl, jil. 1, hlm. 91[2]: Syeikh Abdullah al-Faqih, Fatāwā asy-Syabakah al-Islāmiyyah, no. 215662