HUKUM BERWUDUK SAMBIL TELANJANG
Apakah hukum mengambil wuduk dalam keadaan telanjang?
Hukum mengambil wuduk dalam keadaan telanjang di tempat wuduk atau permandian awam adalah haram.
Ini kerana Rasulullah mengarahkan menutup aurat walaupun kepada sesama lelaki.
Hadis Abu Said al-Khudri, Rasul ﷺ menyatakan:
لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا تَنْظُرُ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ
Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan wanita tidak boleh melihat aurat wanita.
Tirmidzi – 2717 – Hadis Sahih
Adapun bertelanjang ketika berwuduk di tempat tertutup tidak ada nas yang melarangnya.
Di dalam al-Inarah ada dinyatakan menutup aurat ketika berwuduk tidak termasuk sama ada perkara itu wajib mahupun sunat untuk dilakukan. Maknanya tidak ada larangan syarak berkenaannya.
Syeikh ‘Uwaidhah Uthman
(الشيخ عويضة عثمان)
Amin Fatwa Darul Ifta’ Mesir apabila ditanya soalan ini di Facebook Rasmi Darul Ifta’ beliau menjawab:
لَا يُشْتَرَطُ فِي الْوُضُوءِ سَتْرُ الْعَوْرَةِ لِأَنَّهُ لَيْسَ صَلَاةً، فَهُوَ وُضُوءٌ وَطَهَارَةٌ مِنْ أَجْلِ الصَّلَاةِ”
Tidak disyaratkan ketika berwuduk menutup aurat kerana wuduk bukanlah solat (yang wajib tutup aurat). Maka wuduk dan bersuci (dilakukan) untuk melakukan solat.
Katanya lagi:
لَا بَأْسَ إِذَا تَوَضَّأَ الْمُسْلِمُ بَعْدَ الِانْتِهَاءِ مِنْ الِاسْتِحْمَامِ أَوْ اغْتِسَالِهِ مِنْ الْجَنَابَةِ وَهُوَ عَارٍ غَيْرُ مُرْتَدٍ مَلَابِسَهُ، وَأَنّ الْأَمْرَ يَنْطَبِقُ كَذَلِكَ عَلَى الْمَرْأَةِ
Tidak mengapa bila seorang muslim itu berwuduk setelah selesai mandi atau mandi wajib dia dalam keadan telanjang tanpa pakaian. Dan perkara ini juga terpakai kepada wanita
www.masrawy.com/islameyat/
fatawa – منها حكم الوضوء عاريًا
Kesimpulannya mengambil wuduk dalam keadan telanjang seperti kata Bekas Mufti Arab Saudi Syeikh ‘Abd al-‘Aziz, perkara tersebut tiada masalah (yakni sah wuduknya).
Namun, sekiranya dia memakai pakaian terlebih dahulu, kemudian barulah dia berwuduk, maka ia adalah lebih baik dan sempurna.
binbaz.org.sa/fatwas/8021/
حكم الوضوء والانسان عريان
Ustaz Pro
Assalamualaikum
SUMBER:
• AL-INARAH # 682 BERWUDUK DALAM KEADAAN TELANJANG
• www.masrawy.com/islameyat/ fatawa – منها حكم الوضوء عاريًا