HERSHEY’S

Tahukah anda hanya dengan coklat sang lelaki ini mengubah Dunia. Inilah kisah Milton Hershey.

 

Assalamualaikum.

 

Hidup keluarganya yang miskin menyebabkan dia terpaksa berhenti sekolah ketika usia 14 tahun. Tekanan hidup menyebabkan ibu dan ayahnya bercerai. Ketika itulah ibunya tetap memberikannya semangat agar terus bekerja kuat untuk berjaya walaupun dia tidak dapat bersekolah. Pada mulanya dia berkerja di kedai pencetakan. Tetapi kena pecat setelah topinya masuk dalam mesin. Tambahan pula ia tidak minat dengan kerja itu.


Kemudian ibunya menyarankan dia bekerja di kedai membuat gula-gula dan pastri. Di situlah dia merasakan jiwanya sesuai dengan apa yang dilakukannya. Ia benar benar jatuh cinta dengan kerja tersebut. Di sini membuktikan bila seseorang dah jumpa apa yang menjadi minatnya, maka kesanggupan akan datang walau apa jua rintangan yang datang. Inilah yang sedang di lalui oleh Hershey. Setelah empat tahun bekerja di kedai Pastri ia kemudian memberanikan diri membuka kedai menjual ,gula-gula, kacang dan aiskrimnya sendiri di Philadelphia, dengan berbekal modal $ 150 yang dipinjam dari makciknya.

 

Namun kedainya itu terpaksa ditutup setelah lima tahun beroperasi kerana tidak dapat mengaut keuntungan. Adakah ia berhenti dari perniagaannya itu? Ya ia berhenti dan berpindah ke Denver untuk duduk dengan ayahnya. Tetapi di sana, dia tetap cari kerja sebagai pembuat gula-gula juga.

 

Maknanya walaupun ia berhenti bisnes tetapi ia tetap tidak berhenti minatnya pada pembuatan gulagula. Rupa-rupanya di situlah, dia mendapat satu lagi ilmu. Bahawa susu segar akan membuat rasa gula-gula menjadi lebih enak. Sebab tidak berpuas hati bekerja dengan orang, sekali lagi dia membuka kedai gula-gulanya di Kota New York pula. Tetapi gagal lagi. Adakah dia serik? Pada tahun 1883, dia kembali semula ke Lancaster dan kali ini dia yakin akan berjaya.

 

Di situ dia membuka perniagaan membuat karamel dengan mendirikan Lancaster Caramel Company. Betul, kali ini dia memang berjaya setelah ia benar-benar bersedia dengan produk dan pengalaman. Setelah berjaya Hershey tidak berhenti di situ. Kali ini ia memiliki wawasan yang lebih besar. Iaitu coklat.


Untuk pengetahuan, coklat masa itu adalah makanan golongan elit dan mahal. Hershey bercita-cita ingin membuka kilang untuk mengeluarkan coklat dalam jumlah yang banyak supaya dapat dinikmati oleh semua orang.

 

Setelah ia menjual Lancaster Caramel Company dengan harga $ 1 juta pada tahun 1900, dia bukan sahaja ingin membuka kilang coklat bahkan ingin membina bandar supaya pekerja boleh tinggal di situ. Orang menganggap idea gila.


Setelah mengeluarkan coklat susu dan dijual dengan harga murah melalui Hershey Chocolate Company. Dan setelah melalui semuanya, akhirnya dia dapat juga mewujudkan bandar Hershey Pennsylvania.

 

Benarlah apabila kekayaan yang dikecapi tidak hanya makan sorang dan dia bagi balik kepada masyarakat menyebabkan Hershey menjadi industri yang dipertahankan oleh semua orang.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now