Stanlee

JIKA ANDA KECEWA DENGAN KERJAYA ANDA DENGARKAN KISAH INI.

 

Jika kita merasa ingin berhenti dari apa yang kita buat kerana kita merasa kecewa dengan pencapaian kita mari dengarkan kisah ini.

 

Assalamualaikum.

 

Siapa yang tidak kenal Stan Lee. Seorang pengasas watak super hero yang hebat di Marvel Comic. Tapi tahukah anda, pada awalnya ia sangat kecewa dengan hasil karya komiknya. Sehinggakan dia malu untuk meletakkan nama asalnya iaitu Stanley Martin Lieber.

 


Kerjaya Stan Lee bermula apabila ia menjadi editor di Timely Publication pada umur 18 tahun. Selama 20 tahun dia berjaya membuat adaptasi kisah seram, jenayah dalam bentuk komik. Ketika umurnya 40 tahun, Stan Lee merasakan umurnya sudah tua untuk terus berada dalam Industri Komik.


Ini kerana selama ia berada di situ, komik hanya ada watak jahat dan baik. Dan dialog hanya dibenarkan dua perkataan sahaja. Ia sudah bosan dan rasa kecewa dengan keadaan tipikal komik begitu. Hinggakan ia berfikir untuk berhenti dari bidang tersebut. Namun isterinya Joan Lee memberi semangat untuk dia terus berkarya dan jangan berhenti. Isterinya menyatakan dia tidak rugi apa-apa pun jika terus berkarya dan dia boleh menghasilkan watak yang benar-benar dia suka. Tanpa perlu mengikuti orang lain. Hasil pandangan dan semangat yang diberikan oleh isterinya, ia mencipta watak fantastic four pada tahun 1961. Fantastic four ini mengubah kehidupan Stan Lee dan mengubah industri komik kepada suatu era baru.

 

Ini kerana Stan Lee memberi setiap karakter komiknya dengan identiti permasalahan yang unik seperti kelemumur, kuku cekam dan jerawat. Mereka juga sering berselisih faham dengan ibu bapa mereka. Watak super hero sebelum ini sangat sempurna tanpa cacat. Apabila ia memberikan watak super hero dengan masalah dan sifat yang tidak sempurna menjadikan peminat menyukainya.

 

Selepas itu dia mencipta watak spiderman. Peminat sangat menyukai sifat nerd Peter Parker. Walaupun ia super hero ia masih bergelumang dengan pelbagai masalah biasa di tempat kerja, rumah dan masalah dengan teman wanita. Setelah melakukan adjustment ini barulah Stan Lee merasakan berpuas hati dengan hasil karyanya. Setelah itu ia tidak pernah berfikir untuk berhenti menghasilkan karya yang lebih baik dalam komiknya. Sampailah Stan Lee meninggal dunia dia masih seronok untuk bekerja di dalam bidang itu.

 

Itulah kisah Stan Lee. Apakah anda ingin berhenti setelah kecewa dengan hasil kerja anda? Sebenarnya kita tidak perlu berhenti dari apa yang kita lakukan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah tiga perkara:

 

Pertama:
Teruskan apa yang kita buat dengan melihat apa kesan buruk untuk kita jika berhenti dari kerjaya yang kita minati.

 

Kedua:
Dapatkan semangat dari orang yang betul dan jangan mengadu kepada mereka yang akan menghancurkan kita.

 

Ketiga:
Sebenarnya kerja buat kita perlu ada adjustment atau membuat sedikit penyesuaian. Oleh kerana sedikit ubah suai ini akan menghasilkan peluang dan kesan yang baik.

 

Ketiga-tiga perkara inilah yang dilakukan oleh Stan Lee menyebabkan terjadi fenomena baru dalam industri komik. Kerana ia tidak berhenti dari bidang yang ia minat. Ia mencari semangat dari orang yang betul. Ia membuat sedikit perubahan yang mencetus fenomena baru. Jika Stan Lee berhenti dan memang ia pernah cuba keluar dari komik untuk menjadi penulis sastera kerana kecewa, maka sudah tentu kita tidak akan dapat menikmati siri avengers dan karya Marvel Studio pada hari ini.

 

Sebab itu bila kita ingin berhenti dari membuat suatu perkara yang kita pandai, fikirkan kerugian di masa hadapan jika kita berhenti sekarang. Terus kuat kerana anda memang hebat. Jangan berhenti. Cari semangat dan buat adjustment. Insyaallah akan datang hasil yang lumayan nanti.

 

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن
لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

 

Wahai Tuhan kami! Janganlah” : Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu.
(Al-i’Imran 8)

 

Share kisah ini semoga kita boleh memberi manfaat kepada banyak pihak yang sedang bergerak untuk membuat sesuatu di masa ini.

 

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now